UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Arfah Hanum Anuar
Title :Pengukuran kualiti pengajaran guru Prinsip Akaun berasaskan ASSETBase versi 2.0 : Importance- Performance analysis
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan utama penyelidikan adalah untuk untuk mengukur kualiti pengajaran guru Prinsip Akaun dalam mengintegrasikan penggunaan perisian ASSETBase Versi 2.0 di sekolah dengan mengaplikasikan teknik Analisis Importance-Performance (IPA). Untuk itu kajian cuba memahami Kepentingan dan Prestasi berdasarkan persepsi pelajar terhadap pengajaran guru Prinsip Akaun; seterusnya bagaimana persepsi tersebut memberi kesan terhadap pandangan pelajar terhadap keseluruhan kualiti pengajaran guru, perasaan mereka terhadap bimbingan dan tunjuk ajar guru dalam pengajaran perisian, dan ke atas pencapaian akademik pelajar. Kajian dijalankan di Daerah Kinta, Perak dan melibatkan empat buah sekolah (n=152) di mana kaedah tinjauan digunakan. Data dianalisis dengan menggunakan: analisis frekuensi, perbandingan min, (ujian-t tidak bersandar, ujian-t berpasangan dan one-way ANOVA), analisis Importance-Performance (IPA), analisis faktor, analisis korelasi dan analisis regresi. IPA dijalankan untuk membandingkan Kepentingan dan Prestasi atribut pengajaran di antara kategori sekolah dan di antara jantina responden. Perbezaan Kepentingan bagi sekolah terkawal dengan sekolah harian adalah tidak signifikan; manakala perbezaan Prestasinya adalah signifikan. Perbezaan Kepentingan bagi responden lelaki dengan perempuan adalah tidak signifikan, manakala perbezaan Prestasinya adalah signifikan. Analisis faktor menghasilkan tiga dimensi pengajaran. Matriks IPA mengenalpasti dimensi yang memerlukan pembaikan dan cadangan untuk pembaikan diutarakan. Dapatan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara keturunan berkaitan Kepentingan dan Prestasi pengajaran guru. Hasil analisis korelasi mendapati hubungan yang lemah di antara dimensi prestasi dengan pencapaian akademik responden. Kajian menunjukkan hanya dimensi Pengurusan Makmal Komputer dapat memberi impak ke atas pandangan pelajar terhadap keseluruhan pengajaran guru, dan perasaan mereka terhadap bimbingan dan tunjuk ajar guru dalam pengajaran perisian; dan tidak ada dimensi prestasi yang memberi impak ke atas pencapaian akademik pelajar. Dapatan analisis regresi membuktikan hanya satu dimensi sahaja yang merupakan predictor yang signifikan iaitu Dimensi Pengurusan Makmal Komputer.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.