UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan Alat Bantu Mengajar kit Pembelajaran Kod Warna Perintang dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional

AVAILABLE Thesis 584 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Keberkesanan Alat Bantu Mengajar kit Pembelajaran Kod Warna Perintang dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional
Type
Thesis
Main Author
Nur Syafiqah Isa
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2020
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan Alat Bantu Mengajar (ABM) kit Pembelajaran Kod Wama Perintang (PKWP) untuk pelajar kursus Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional (KV) bagi memenuhi keperluan di dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan kit PKWP dalam proses PdPc terhadap aspek motivasi belajar. Seterusnya, untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian akademik pelajar melalui ujian pra-pos di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian bagi pembangunan produk ini menggunakan teori multimedia dan model ADDIE. Seramai 9 orang pakar terlibat di dalam penilaian produk yang dibangunkan dan hasil penilaian dianalisis. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan bagi menguji keberkesanan kit yang dibangunkan dengan melibatkan 120 orang responden yang dipilih bukan secara rawak di KV zon tengah. Responden kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (60 orang) dan kumpulan kawalan (60 orang). Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pencapaian pra dan pos serta soal sehdik. Data kajian dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil dapatan analisis ujian pra dan ujian pos mendapati pelajar KV yang menggunakan kaedah kit PKWP memperoleh (t(59)=0.00, p0.05). Implikasinya, para pendidik dapat menyediakan persekitaran PdPc yang kreatif dan berinovasi dengan pembangunan ABM Kit PKWP. Selain itu, memberi peluang kepada pelajar yang lemali supaya dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Hal ini, penting untuk memperkukulikan lagi pemahaman pelajar dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam mengenal pasti kod wama perintang, nilai minimum dan maksimum. Kesimpulannya, kit PKWP dalam PdPc dapat menarik minat dan motivasi belajar. Seterusnya, memperkukuhkan lagi kefahaman pelajar malahan dapat memberi sumbangan dalam meningkatkan lagi tahap pencapaian para pelajar di institusi-institusi pendidikan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.