UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Sekolah-sekolah menengah di negara ini masih belum mempunyai justifikasi dan kriteria tertentu dalam memilih pelajar Tingkatan Empat untuk mengambil mata pelajaran Sains Sukan sebagai mata pelajaran elektif. Berdasarkan pencapaian Sains Sukan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sejak tabun 2001 hingga 2003 didapati semakin merosot walaupun bilangan calonnya meningkat. Namun begitu jika kaedah pemilihan pelajar dibuat tanpa justifikasi tertentu maka dikhuartiri pencapaian mata pelajaran Sains Sukan di peringkat SPM akan terus merosot, Sehubungan dengan itu, kajian yang melibatkan seramai 254 orang pelajar dari 23 buah sekolah menengah di seluruh Negeri Perak ini melihat beberapa faktor dan hubungannya dengan prestasi akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan Empat. Faktor-faktor tersebut ialah kecenderungan gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik, minat terhadap mata pelajaran Sains Sukan, pencapaian Sains dan Matematik PMR dan tahap kecergasan fizikal pelajar. Inventori Gaya Pembelajaran Barsch (1990) diguna bagi mengenal pasti kecenderungan pelajar terhadap gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik. Faktor minat pula diukur secara menggunakan Inventori Minat yang dibina melalui perbincangan kumpulan berfoku, Pencapaian Sains dan Matematik PMR tahun 2003 dan Tahap kecergasan fizikal diukur menerusi Ujian Kecergasan FizikaI (ubahsuai AAHPERD, 1980 dan Marine Corps Physical Fitness Programs, 1968). Untuk melihat bubungan di antara pemboleh ubah-pemboleb ubah tersebut dengan prestasi akademik pelajar dalam Sains Sukan maka markah peperiksaan penggal keduatahun 2004 Sains Sukan diambil kira, Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan eli antara semua pemboleh ubah iaitu gaya pembelajaran, minat, pencapaian Sains dan Matematik P"MR dan Tahap < Kecergasan Fizikal dengan nilai signifikannya 0.01. Namun begitu, hubungan negatif yang wujud antara skor gaya pembelajaran 'Visual dan auditori dengan prestasi pencapaian akademik mata pelajaran Sains Sukan iaitu gaya pembelajaran visual (r= .368)menunjukkan bentuk hubungan adalah negatif dengan kekuatan pada tahap yang rendah dan gaya pembelajaran auditori U=-.425) pula berbentuk hubungan yang negatif pada tahap sederhana rendah menjelaskan bahawa ciri-ciri pelajar Visual dan Auditori adalah kurang bersesuaian sebagai kriteria pelajar yang memilih mata pelajaran Sains Sukan sebagai mata pelajaran elektif. Walau bagaimanapun pemboleh ubah yang lain mempunyai hubunganberbentukpositifpada tahaptinggi dan sederhana tinggi seperti gaya pembelajaran kinestetik (r=.723) Pencapaian Matematik PMR (r=.480) Pencapaian Sains PMR. ([=.703) Minat (r=.714) manakala bentuk hubungan Kecergasan Fizikal (r=.374) adalah positif pada tahap rendah. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan garis panduan kepada piihak pengurusan pendidikan dalam mengenal pasti kriteria pelajar masa yang bersesuaian dengan konsep pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan pada masa yang akan datang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |