UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Inovasi terhadap penghasilan model 3D reka bentuk landskap jarang dihasilkan oleh
mana-mana individu. Pengkarya mengambil insiatif terhadap hal tersebut untuk
menghasilkan model 3D reka bentuk landskap yang menggunakan stail pandangan
sisi dan keratan rentas. Pengkarya ingin mengkaji tentang teknik penghasilan reka
bentuk landskap stail pandangan sisi dan keratan rentas dalam penghasilan model
3D. Stail pandangan sisi dan keratan rentas ialah teknik pandangan sisi melibatkan
mencipta lukisan atau model reka bentuk landskap seolah-olah ia dihiris separuh
menegak. Objektif kajian ini adalah mengidentifikasikan kriteria elemen reka bentuk
landskap yang sesuai bagi penghasilan model keratan rentas educational art park.
Selain itu, mengaplikasikan elemen reka bentuk landskap educational art park dalam
penghasilan pelan konsep dan pelan induk. Akhir sekali, menginovasikan penghasilan
Model 3D reka bentuk landskap melalui kaedah pandangan sisi dan keratan rentas
dengan penggunaan skala yang tepat. Pengkarya menggunakan kajian praktis studio
untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang kajian yang ingin dihasilkan.
Kajian ini dijalankan untuk membuka mata masyarakat terutamanya di sekolah iaitu
para guru seni bahawasnya penghasilan model 3D bukan hanya menggunakan teknik
yang sama dan iainya boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian idea. Oleh itu, kajian
ini dijalankan agar mampu memberikan perkara baharu kepada masyarakat diluar
sana terutamanya golongan pelajar dan guru.Kajian ini dilakukan bertempat ti
Universiti Pendidikan Sultan Idris Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI dan tempoh kajian
dijalankan selama satu semester iaitu selama enam bulan. Kajian ini diharapkan
supaya dapat dijadikan sebagai panduan dan bahan ilmiah kepada pelbagai pihak
berkepentingan pelajar dan pengkaji yang ingin mengkaji tentang penggunaan teknik
Section Elavation pada masa akan datang. |
References |
Deasy Larasati Nurrahmah Putri. (2020). Perancangan Pasar Konveksi Ujung Murung Banjarmasin dengan Konsep Sustainable Architecture [Master's thesis]. https://dspace.uii.ac.id/handle/123456789/32272
Deddy Erfandi. (2017). Pengelolaan Lansekap Lahan Bekas Tambang: Pemulihan Lahan dengan Pemanfaatan Sumberdaya Lokal (In-Situ). Jurnal Sumberdaya Lahan, 11(19070799), 55-66. http://download.garuda.kemdikbud.go.id/article.php?article=1696935&val=18458&title=Pengelolaan%20Lansekap%20Lahan%20Bekas%20Tambang%20Pemulihan%20Lahan%20Dengan%20Pemanfaatan%20Sumberdaya%20Lokal%20In-Situ
Design Media Publishing Limited. (2012). Landscape Competition (1st ed.).
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Kamus Bahasa Melayu (1st ed.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my/
Fairizah Haris & Ganes Gunansyah. (2013). PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN VCT (VALUE CLARIFICATION TECHNIQUE) UNTUK MENINGKATKAN KESADARAN NILAI MENGHARGAI JASA PAHLAWAN PADA SISWA SEKOLAH DASAR. Jurnal Mahasiswa, 1(02), 1-11. https://jurnalmahasiswa.unesa.ac.id/index.php/39/article/view/2981/1731
Harleny Abd Arif, Muhammad Zaffwan Idris, Abdul Aziz Zalay@Zali & Siti Rosni Nik Mohd Zaid. (2018). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (1st ed.). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hazlee. (2023). Maklumat Inovasi (227-283). Kementerian Dalam Negeri. https://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumat-inovasi
Hi-Design Publishing. (2015). Sustainable Ecology Landscape (1st ed.). Dialan University Of Technology Press.
Ibrahim Bafadhol. (2015). SANKSI DAN PENGHARGAAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM. Jurnal Pendidikan Islam, 4(08), 1118-1129. http://jurnal.staialhidayahbogor.ac.id/index.php/ei/article/view/81
Muhammad Falihin Jasmia & Nik Hanita Nik Mohamad. (2016). Roles of Public Art in Malaysian Urban Landscape towardsImproving Quality of Life: Between aesthetic and functional value [Master's thesis]. https://www.researchgate.net/publication/304907502_Roles_of_Public_Art_in_Malaysian_Urban_Landscape_towards_Improving_Quality_of_Life_Between_Aesthetic_and_Functional_Value#fullTextFileContent
Nik Ismail Azlan. (2005). Landscape Architecture Details (1st ed.). Landscape Plus Sdn. Bhd.
Sekretariat 100 Tahun UPSI. (2023, February 23). 100 TAHUN UPSI | PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN. https://100tahun.upsi.edu.my/. Retrieved March 2, 2023, from https://100tahun.upsi.edu.my/
Sharifah Meryam Shareh Musa, Nurhafezawani Senapi, Haryati Shafii,AzlinaMd Yassin& Rozlin Zainal. (2018). Kepentingan Penyediaan Elemen Landskap di Kawasan Rekreasi Tasik Darulaman, Jitra,
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |