UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Masnih Mohd Noh
Title :Hubungan motivasi kerja dengan prestasi kerja guru: satu kajian di sekolah menengah daerah Sandakan Sabah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2005
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan motivasi kerja dengan prestasi kerja guru-guru sekolah menengah di daerah Sandakan, Sabah. Seramai 270 daripada 902 orang telah menjawab soalselidik yang diedarkan secara rawak di semua sekolah menengah di kawasan bandar Sandakan. Pengumpulan data berdasarkan soalselidik yang mengandungi 60 item untuk motivasi kerja dan 9 item untuk prestasi kerja dengan menggunakan skala likert 5. Data dianalisis menggunakan kekerapan, deskriptif, dan statistik inferensi seperti Ujian-t, AN0VA Sehala dan Korelasi Pearson dengan menggunakan aras signifikan .05. Keputusan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan positif di antara motivasi kerja keseluruhan dengan prestasi kerja guru. Manakala antara faktor Motivasi Intrinsik dan faktor motivasi Ekstrinsik mempunyai perbezaan yang sedikit dalam mempengaruhi prestasi kerja guru, namun nilai ‘r’ bagi Motivasi Intrinsik lebih tinggi dari motivasi Ekstrinsik. Keputusan kajian juga mendapati bahawa tiada perbezaan prestasi kerja berdasarkan jantina dan negeri asal guru. Manakala status perkahwinan, agama, umur, bangsa, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar mempunyai perbezaan dengan prestasi kerja guru. Kajian ini membuktikan bahawa faktor latarbelakang responden juga mempengaruhi prestasi kerja guru. Beberapa cadangan diberikan untuk meningkatkan motivasi kerja dan prestasi kerja guru serta cadangan kajian lanjutan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.