UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
’Motivated Strategies for Learning Questionnaire’ (MSLQ) versi Bahasa Melayu dalam
mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri daJam kalangan pelajar
pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat perkaitan
di antara motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri dengan pencapaian akademik.
Instrumen soal selidik MSLQ asal dalam Bahasa Inggeris yang dibina oleh Pintrich & De
Groot (1990) telah diteijemahkan kepada bahasa Melayu dengan kaedah terjemahan
semula untuk kegunaan pelajar-pelajar Malaysia. Sejumlah 711 orang responden yang
terdiri dari pelajar-pelajar Tingkatan Empat di 10 buah sekolah teknik di negeri Perak
terlibat untuk kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian 'Statistical
Packages for the Social Science’ (SPSS) versi 15. Analisis deskriptif, kolerasi, analisis
faktor dan analisis regressi linear berganda telah dilakukan ke atas data yang dikumpul.
Keputusan menunjukkan secara keseluruhan instrumen MSLQ versi Bahasa Melayu
mempunyai kebolehercayaan yang tinggi seperti yang ditunjukkan oleh Cronbach Alpha
dan Analisis Faktor. Nilai ketekalan dalaman Cronbach Alpha yang diperolehi ialah 0.86
bagi motivasi dan 0.84 bagi pembelajaran regulasi kendiri. Kesahan konstruk bagi
instrumen ini juga tinggi dengan tiga faktor atau konstruk dan dua faktor diekstrak secara
nyata daripada pembolehubah motivasi dan dua konstruk daripada pembelajaran regulasi
kendiri (muatan faktor > 0.3), sama seperti instrumen asal dalam versi Bahasa Inggeris.
Dapatan juga menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara pembelajaran regulasi
kendiri dengan pencapaian akademik. Namun begitu sumbangan motivasi kepada
pencapaian akademik didapati tidak signifikan pada aras keyakinan 95 peratus (a = 0.05).
Keputusan ini menunjukkan bahawa MSLQ versi BM adalah instrumen yang baik bagi
mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri pelajar di Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |