UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan mencari kaedah menurunkan tahap kebolehbacaan bahan bacaan sastera, iaitu cerpen yang digunakan di sekolah-sekolah menengah Malaysia. Suatu kajian dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk menurunkan tahap kebolehbacaan cerita Robinson Crusoe yang ditulis oleh Daniel Defoe. Usaha ini telah dilakukan oleh Oxford University Press untuk menurunkan tahap kebolehbacaan cerita Robinson Crusoe supaya dapat dibaca oleh tiga kelompok pembaca, iaitu peringkat universiti, gred tiga dan dua. Kemudian, kaedah ini digunakan untuk menurunkan tahap kebolehbacaan sebuah cerpen Kami yang Terlibat, karya seorang Sasterawan Negara, Usman Awang. Lazimnya, cerpen ini dibaca oleh murid-murid sekolah menengah. Indeks kebolehbacaan cerpen dikira dengan menggunakan formula Khadijah Rohani, (1982). Kemudian, tahap kebolehbacaan cerpen ini diturunkan supaya dapat dibaca oleh murid-murid tahap dua sekolah rendah. Kaedah yang digunakan ini, diharap akan dapat memberi sumbangan untuk menurunkan tahap bacaan sebarang teks sastera lain yang difikirkan sesuai untuk dibaca pada tingkatan yang lebih rendah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |