Kepimpinan pengajaran dan peranan Ketua Panitia : Hubungan dengan budaya kerja guru terhadap pencapaian akademik mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah menengah daerah Seremban
Kepimpinan pengajaran dan peranan Ketua Panitia : Hubungan dengan budaya kerja guru terhadap pencapaian akademik mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah menengah daerah Seremban
Type
Thesis
Main Author
Redzuan A. Aziz
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2012
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Fokus utama kajian adalah untuk melihat peranan dan pelaksanaan kepimpinan pengajaran Ketua
Panitia mata pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui deligasi dan empowerman tugasan dari
pengetua. Kajian juga turut melihat budaya keija guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap
pencapaian akademik pelajar melalui periksaan SPM. Kajian juga turut melihat perbezaan
persepsi guru terhadap peranan dan pelaksanaan kepimpinan pengajaran berdasrkan faktor
demografi umur dan jantina. Kerangka kajian diasaskan kepada Model Kepimpinan Pengajaran
oleh Snyder(1983) dan budaya sekolah oleh Yaakob (2007). Data diperoleh menerusi soal
selidik. Seramai 83orang responden dari 25 buah sekolah menengah harian di Daerah Seremban,
Negeri Sembilan. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistic deskriptif dan inferensi
menerusi program SPSS-Versi 16. Analisis deskriptif, Ujian-t dan analisis Pekali Kolerasi
Pearson dan Ujian ANOVA sehala telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa; (1) Responden bersetuju dengan peranan/tugasan ketua panitia
Pendidikan Seni Visual (2) Guru-guru Pendidikan Seni Visual mempunyai tahap dimensi budaya
kerja sekolah terhadap ke arah pencapaian akademik pelajar; (3) Tidak terdapat perbezaan di
antara faktor demograti dengan peranan/tugasan Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual mengikut
jantina dan umur; (4) Tidak terdapat perbezaan di antara faktor demografi (jantina) dengan
budaya keija guru, mengikut dimensi budaya sekolah, dimensi kepimpinan dan dimensi
komitmen guru lelaki dengan guru perempuan; (5) Hubungan peranan/tugas Ketua Panitia
dengan budaya keija guru Pendidikan Seni Visual mengikut dimensi budaya sekolah dan
kepimpinan, mempunyai hubungan signilikan yang sederhana kuat, Manakala hubungan dimensi
komitmen dan fasa pencapaian/penilaian boleh diabaikan; (6) Hubungan di antara kepimpinan
pengajaran kurikulum Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual dengan budaya keija guru
Pendidikan Seni Visual mempunyai hubungan yang kuat perkaitannya manakala dimensi
komitmen sederhana kuat.(7) Hubungan antara kepimpinan pengajaran Ketua Panitia Pendidikan
Seni Visual dengan pencapaian akademik tidak mempunyai hubungan antara satu dengan yang
lain. Berdasarkan hasil dapatan dari kajian beberapa cadangan yang releven telah diajukan
kepada pihak pengurusan iaitu pengetua, ketua panitia, guru-guru dan pelajar ke arah
meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.