Tahap kesediaan pelajar pendidikan perakaunan menempuhi profesion perguruan
Type
Thesis
Main Author
Nurzahaslinda Ab Jalil
Subject
LB1603 Secondary Education. High schools
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk rneninjau kesediaan pelajar-pelajar pendidikan perakaunan khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menernpuhi profesion perguruan. Kajian ini berfokus kepada 3 aspek penting dalam rnelihat kesediaan seseorang pelajar perguruan rnenernpuhi alarn sebenar bidang pendidikan iaitu pengetahuan kurikulum perakaunan, strategi instruksional dalarn proses pengajaran dan pernbelajaran dan rninat terhadap profesion perguruan. Selain 3 aspek di atas, kajian ini turut rnelihat perbezaan dari segi gender dari setiap aspek untuk rnelihat adakah terdapatnya perbezaan diantara pelajar lelaki dan perernpuan. Kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pengumpulan data dibuat rnelalui soal selidik menggunakan skala likert lima mata. Seramai 100 orang pelajar perakaunan pendidikan UPSI yang akan menjalani latihan praktikum telah dipilih sebagai responden yang menjawab borang soal selidik. Data daripada soalselidik dianalisis menggunakan program SPSS.Dua jenis analisis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik inferensi menggunakan Ujian T dan Korelasi Pearson bagi rnenguji hipotesis kajian. Kesediaan para pelajar menempuhi profesion perguruan bagi ketiga-tiga aspek dilihat berada pada tahap lemah. Terdapatnya korelasi yang kuat diantara rninat dan pengetahuan kurikulum dan strategi instruksional. Selain itu,terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam kesediaan menempuhi profesion perguruan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.