UPSI Digital Repository (UDRep)

Pelajar, keluarga dan sekolah serta hubungannya dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik

AVAILABLE Thesis 518 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pelajar, keluarga dan sekolah serta hubungannya dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Fayyaz M Farouk
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2012
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara persepsi pelajar terhadap diri sendiri, keluarga dan sekolah dengan pencapaian dalam mata pelajaran matematik. Sejumlah 346 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah di daerah Hulu Selangor terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian diperoleh berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden kajian. Kajian ini juga melibatkan tiga orang pelajar sebagai responden kajian untuk temu bual. Markah ujian Percubaan PMR bagi mata pelajaran matematik digunakan untuk mengukur pencapaian. Ujian Korelasi Pearson dan Ujian Regresi Pelbagai digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan positif yang signitikan di antara ketiga-tiga persepsi yang dikaji dengan pencapaian dalam mata pelajaran matematik. Persepsi pelajar terhadap diri sendiri, keluarga dan sekolah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Di antara ketiga-tiga persepsi tersebut, didapati persepsi pelajar terhadap diri sendiri merupakan faktor peramal yang paling kuat yang boleh menentukan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Hasil dapatan temu bual dengan tiga orang pelajar menunjukkan bahawa pencapaian mereka dalam mata pelajaran matematik dipengaruhi oleh faktor sekolah dan faktor pelajar. Dua orang pelajar berpendapat bahawa sekolah merupakan faktor utama yang boleh menentukan pencapaian mereka dalam mata pelajaran matematik. Manakala seorang pelajar berpendapat bahawa faktor pelajar merupakan faktor utama yang boleh menentukan pencapaian mereka dalam mata pelajaran matematik.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.