Pelajar, keluarga dan sekolah serta hubungannya dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Fayyaz M Farouk
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2012
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara persepsi pelajar terhadap
diri sendiri, keluarga dan sekolah dengan pencapaian dalam mata pelajaran matematik.
Sejumlah 346 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah di daerah Hulu
Selangor terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif
dan kualitatif. Dapatan kajian diperoleh berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh
responden kajian. Kajian ini juga melibatkan tiga orang pelajar sebagai responden
kajian untuk temu bual. Markah ujian Percubaan PMR bagi mata pelajaran matematik
digunakan untuk mengukur pencapaian. Ujian Korelasi Pearson dan Ujian Regresi
Pelbagai digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian mendapati terdapat
hubungan positif yang signitikan di antara ketiga-tiga persepsi yang dikaji dengan
pencapaian dalam mata pelajaran matematik. Persepsi pelajar terhadap diri sendiri,
keluarga dan sekolah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran matematik. Di antara ketiga-tiga persepsi tersebut, didapati
persepsi pelajar terhadap diri sendiri merupakan faktor peramal yang paling kuat yang
boleh menentukan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Hasil dapatan
temu bual dengan tiga orang pelajar menunjukkan bahawa pencapaian mereka dalam
mata pelajaran matematik dipengaruhi oleh faktor sekolah dan faktor pelajar. Dua
orang pelajar berpendapat bahawa sekolah merupakan faktor utama yang boleh
menentukan pencapaian mereka dalam mata pelajaran matematik. Manakala seorang
pelajar berpendapat bahawa faktor pelajar merupakan faktor utama yang boleh
menentukan pencapaian mereka dalam mata pelajaran matematik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.