UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB2300 Higher Education
Main Author :Hasanah Abd Rahman
Title :Pengurusan sekolah selamat dan sihat di sekolah khas: satu kajian kes di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2004
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk melihat persepsi dan tahap amalan pengurusan terhadap keselamatan dan kesihatan di kalangan guru, murid dan ibu bapa di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (SMPKPPP) dalam bentuk peratus. Kajian ini melibatkan sampel seramai 120 orang yang terdiri dari 40 orang guru, 40 orang murid dan 40 orang ibu bapa di SMPKPPP. Pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada empat konstruk iaitu konstruk A, B, C, dan D. Konstruk A adalah mengenai latar belakang diri responden. Konstruk B pula memfokuskan kepada persepsi responden terhadap keselamatan dan kesihatan murid. Konstruk C menyentuh aspek-aspek persekitaran fizikal. Manakala konstruk 0 pula bertujuan untuk mengenal pasti masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan responden telah bersetuju bahawa SMPKPPP mempunyai amalan pengurusan dan kesihatan yang baik, di mana min persepsi mereka berada di antara 1.89 sehingga 2.49 iaitu pada skala bersetuju. Dapatan kajian berdasarkan Ujian ANOYA Satu Hala yang telah dijalankan juga menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah di antara guru, murid, dan ibu bapa di SMPKPPP.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.