Pentadbiran kewangan sekolah: amalan pentadbir di sekolah menengah di daerah Kuala Selangor
Type
Thesis
Main Author
Muhamad Adnin Tumin
Subject
LB2361 Curriculum
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2006
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian adalah untuk mengetahui dan mengenalpasti aspek kemahiran kewangan, tahap penurunan kuasa dan akauntabiliti dalam membuat keputusan kewangan di sekolah menengah. Sampel diperolehi di daerah Kuala Selangor yang me1ibatkan sekolah harian sahaja. Kaedah tinjauan digunakan dengan melibatkan 40 orang responden di 10 buah sekolah menengah yang terdiri daripada pengetua, guru penolong kanan kurikulum, guru penolong kanan hal ehwal murid dan guru penolong kanan kokurikulum. Tiga aspek yang dikaji ialah kemahiran (perancangan, kawalan, pentadbiran dan pengetahuan asas perakaunan sekolah), penurunan kuasa dan akauntabiliti (akauntabiliti fiskal, akauntabiliti pengurusan dan akauntabiliti program). Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek kemahiran perancangan, kawalan dan pentadbiran kewangan sekolah menunjukkan prestasi sangat tinggi dalam membuat keputusan kewangan. Tetapi pengetahuan asas perakaunan menunjukkan prestasi rendah. Merujuk hasil kajian aspek penurunan kuasa menggambarkan prestasi sangat tinggi. Hasil kajian aspek akauntabiliti mendapati aspek akauntabiliti pengurusan, akauntabiliti fiskal dan akauntabiliti program berada pada tahap prestasi sangat tinggi. Hasil keputusan dari ujian - t menunjukkan terdapat hubungan yang berkesan atau signifikan di antara aspek kemahiran kewangan, penurunan kuasa dan tahap akauntabiliti dengan faktor demografi. Bagaimanapun perkaitannya adalah rendah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.