UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan pengetua dalam penyeliaan pengajaran dan keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah daripada perspektif guru. Penyeliaan pengajaran yang dikaji adalah daripada aspek peranan pengetua dalam pelaksanaan kurikulum, penyediaan bahan pengajaran, peningkatan profesionalisme guru dan keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah menengah terpilih (3 Gred A dan 1 Gred B) di daerah Perak Tengah, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik New Ah Kow (I998) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian masa dan tempat untuk melihat amalan penyeliaan pengajaran di sekolah. Data dianalisis menggunakan program SPSS versi 11. Dapatan kajian dari segi tahap pencapaian yang menggunakan analisis deskriptif mendapati peranan pengetua dalam pelaksanaan kurikulum, penyediaan bahan pengajaran dan peningkatan profesionalisme guru berada di tahap sederhana. Manakala tahap keberkesanan penyeliaan pengajaran berada di tahap yang tinggi. Analisis kolerasi pearson mendapati terdapat hubungan yang rendah antara keberkesanan penyeliaan pengajaran dengan peranan pengetua dalam pelaksanaan kurikulum, terdapat hubungan yang sederhana antara keberkesanan penyeliaan pengajaran dengan peranan pengetua dalam penyediaan bahan pengajaran dan wujud hubungan yang sederhana antara keberkesanan penyeliaan pengajaran dengan peranan pengetua dalam peningkatan profesionalisme guru. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tanggapan guru lelaki dan perempuan terhadap pelaksanaan kurikulum dan penyediaan bahan pengajaran. Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tanggapan guru lelaki dan perempuan terhadap peningkatan profesionalisme guru dan keberkesanan penyeliaan pengajaran. Ia juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru-guru sekolah Gred A dan Gred B terhadap pelaksanaan kurikulum, penyediaan bahan pengajaran, peningkatan profesionalisrne guru dan keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kesimpulannya tahap peranan pengetua dalam penyeliaan pengajaran masih lagi perlu diperbaiki. Pengetua seharusnya menjadi pemirnpin pengajaran yang dapat membimbing dan menjadi tempat rujukan guru-guru di sekolahnya. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |