UPSI Digital Repository (UDRep)

Peranan Pengetua dalam penyeliaan pengajaran di empat buah sekolah menengah terpilih daerah Perak Tengah, Perak

AVAILABLE Thesis 359 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Peranan Pengetua dalam penyeliaan pengajaran di empat buah sekolah menengah terpilih daerah Perak Tengah, Perak
Type
Thesis
Main Author
Termizi Mohamed
Subject
LB2361 Curriculum
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan pengetua dalam penyeliaan pengajaran dan keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah daripada perspektif guru. Penyeliaan pengajaran yang dikaji adalah daripada aspek peranan pengetua dalam pelaksanaan kurikulum, penyediaan bahan pengajaran, peningkatan profesionalisme guru dan keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah menengah terpilih (3 Gred A dan 1 Gred B) di daerah Perak Tengah, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik New Ah Kow (I998) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian masa dan tempat untuk melihat amalan penyeliaan pengajaran di sekolah. Data dianalisis menggunakan program SPSS versi 11. Dapatan kajian dari segi tahap pencapaian yang menggunakan analisis deskriptif mendapati peranan pengetua dalam pelaksanaan kurikulum, penyediaan bahan pengajaran dan peningkatan profesionalisme guru berada di tahap sederhana. Manakala tahap keberkesanan penyeliaan pengajaran berada di tahap yang tinggi. Analisis kolerasi pearson mendapati terdapat hubungan yang rendah antara keberkesanan penyeliaan pengajaran dengan peranan pengetua dalam pelaksanaan kurikulum, terdapat hubungan yang sederhana antara keberkesanan penyeliaan pengajaran dengan peranan pengetua dalam penyediaan bahan pengajaran dan wujud hubungan yang sederhana antara keberkesanan penyeliaan pengajaran dengan peranan pengetua dalam peningkatan profesionalisme guru. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tanggapan guru lelaki dan perempuan terhadap pelaksanaan kurikulum dan penyediaan bahan pengajaran. Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tanggapan guru lelaki dan perempuan terhadap peningkatan profesionalisme guru dan keberkesanan penyeliaan pengajaran. Ia juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru-guru sekolah Gred A dan Gred B terhadap pelaksanaan kurikulum, penyediaan bahan pengajaran, peningkatan profesionalisrne guru dan keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kesimpulannya tahap peranan pengetua dalam penyeliaan pengajaran masih lagi perlu diperbaiki. Pengetua seharusnya menjadi pemirnpin pengajaran yang dapat membimbing dan menjadi tempat rujukan guru-guru di sekolahnya.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.