UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB2361 Curriculum
Main Author :Rozita Paiman
Title :Gaya kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar bagi pembangunan organisasi sekolah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2013
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk meneliti amalan kepimpinan transformasi yang memberi impak terhadap pembangunan organisasi sekolah. Secara khususnya kajian Uri bertujuanuntuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar sekolah kebangsaan di Daerah Batang Padang dari aspek karismatik, pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi berinspirasi. Di samping meninjau peranan faktor-faktor demografi iaitu umur, kaum dan pengalaman mengajar guru terhadap amalan kepimpinan tranformasi guru besar. Kaedah tinjauan diaplikasikan dalam kajian Uri dalam proses pengumpulan data. Soal selidik "Multi/actor Leadership Questionnaire" (MLQ) telah digunakan sebagai alat ukur kajian. Sejumlah 284 orang sampel terlibat dalam kajian yang mengunakan kaedah tinjauan. Data kuantitatif dianalisis dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai dan ANOVA sehala menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) 18. Basil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar sekolah kebangsaan Daerah Batang Padang adalah tinggi dari semua dimensi (min==3.73). Oleh itu dengan amalan kepemimpinan transformasi pada tahap yang tinggi secara tidak langsung memberi manfaat kepada perubahan dan pembangunan organisasi sesebuah sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi amalan kepimpinan transformasi yang signifikan dalam kalangan guru besar berdasarkan umur, jantina dan pengalaman mengajar responden.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.