UPSI Digital Repository (UDRep)

Amalan keselamatan dan kesihatan di sekolah daerah Batu Pahat Johor

AVAILABLE Thesis 889 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Amalan keselamatan dan kesihatan di sekolah daerah Batu Pahat Johor
Type
Thesis
Main Author
Normirani Nasir
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan keselamatan dan kesihatan yang dipraktikkan di sepuluh buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat, Johor. Kajian dijalankan ke atas aspek keselamatan makmal, bengkel, kemudahan umum seperti kelas, kantin, bilik guru, tandas, padang dan gelanggang, aktiviti ko-kurikulum dan aspek kebakaran. Kajian ini juga adalah untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor demograh seperti lokasi sekolah, gred sekolah dan bilangan pelajar. Kaedah kajian menggunakan soal selidik yang telah disesuaikan daripada ‘Buku Manual Polisi Sekolah Selamat’. Seramai 120 orang respondan telah dipilih secara rawak daripada sepuluh buah sekolah di daerah batu Pahat yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup, Sains dan mata pelajaran lain. Penganalisaan dibuat berdasarkan analisa min skor, peratusan, Ujian T dan ANOVA dengan aras signihkan telah ditetapkan pada aras 0.05. Dapatan kajian menunjukkan amalan keselamatan dan kesihatan di sekolah daerah Batu Pahat berada pada tahap yang tinggi. Amalan keselamatan di bengkel berada pada ranking yang pertama, diikuti oleh makmal, aktiviti ko-kurikulum, aspek kebakaran, kelas, padang dan gelanggang, tandas, bilik guru dan kantin. Perbezaan yang signihkan di antara amalan keselamatan dan kesihatan dari aspek makmal dan umum adalah jelas dipengaruhi oleh jumlah pelajar dan gred sekolah. Untuk membentuk sekolah selamat semua pihak perlu memberi kerjasama dan iltizam yang tinggi. Segala perancangan yang berhubungkait dengan amalan keselamatan dan kesihatan di sekolah hendaklah mempunyai sistem perlaksanaan dan pemantauan yang sistematik dan berterusan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.