UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Zalina Kosnin@Sarkon
Title :Kajian perlaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di Sekolah Menengah: satu tinjauan di Daerah Klang Selangor
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2005
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini adalah untuk mengetahui  tahap  pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di 10 buah  sekolah menengah di Daerah Klang Selangor. Aspek-aspek keselamatan dan kesihatan yang dikaji ialah  aspek keselamatan makmal, bengkel, dan keselamatan umum meliputi kelas, kantin, bilik guru,  tandas, padang dan gelanggang, aktiviti ko kurikulum dan aspek kebakaran. Kajian ini juga untuk  mengetahui adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelaksanaan amalan keselamatan dan  kesihatan dari aspek yang dikaji berdasarkan faktor demografi sekolah seperti lokasi sekolah, gred  sekolah dan bilangan pelajar.  Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah disesuaikan daripada Buku Manual Polisi  Sekolah Selamat. Sebanyak 120 orang respondan telah dipilih secara rawak daripada 10 buah sekolah  di daerah Klang Selangor. Analisa min skor , peratusan, Ujian t dan ANOVA  digunakan dalam membuat  penganalisaan. Aras Signifikan telah ditetapkan pada aras 0.05 . Hasil daripada kajian ini didapati bahawa tahap pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di  sekolah-sekolah kajian berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu juga dapatan kajian  menunjukkan tahap pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di bengkel berada pada rangking  pertama diikuti makmal, aktiviti kokurikulum, aspek kebakaran, bilik guru,padang dan gelanggang,  kelas, kantin dan terakhir tandas. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan  di antara pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan dari aspek makmal dan umum berasaskan  jumlah pelajar. Ini menunjukkan jumlah pelajar mempengaruhi tahap pelaksanaan amalan keselamatan  dan kesihatan di sekolah. Justeru dalam usaha untuk membentuk sekolah selamat semua pihak perlu memberi kerjasama yang  memuaskan. Setiap aspek keselamatan dan kesihatan hendaklah diambilkira dalam pelaksanaan amalan  keselamatan dan kesihatan di sekolah demi memastikan kejayaannya. lanya jua  memerlukan kerjasama  daripada semua pihak melalui suatu perancangan pengurusan keselamatan yang rapi dan bersistematik.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.