Kajian perlaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di Sekolah Menengah: satu tinjauan di Daerah Klang Selangor
Type
Thesis
Main Author
Zalina Kosnin@Sarkon
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di 10 buah
sekolah menengah di Daerah Klang Selangor. Aspek-aspek keselamatan dan kesihatan yang dikaji ialah
aspek keselamatan makmal, bengkel, dan keselamatan umum meliputi kelas, kantin, bilik guru,
tandas, padang dan gelanggang, aktiviti ko kurikulum dan aspek kebakaran. Kajian ini juga untuk
mengetahui adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelaksanaan amalan keselamatan dan
kesihatan dari aspek yang dikaji berdasarkan faktor demografi sekolah seperti lokasi sekolah, gred
sekolah dan bilangan pelajar.
Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah disesuaikan daripada Buku Manual Polisi
Sekolah Selamat. Sebanyak 120 orang respondan telah dipilih secara rawak daripada 10 buah sekolah
di daerah Klang Selangor. Analisa min skor , peratusan, Ujian t dan ANOVA digunakan dalam membuat
penganalisaan. Aras Signifikan telah ditetapkan pada aras 0.05 .
Hasil daripada kajian ini didapati bahawa tahap pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di
sekolah-sekolah kajian berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu juga dapatan kajian
menunjukkan tahap pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di bengkel berada pada rangking
pertama diikuti makmal, aktiviti kokurikulum, aspek kebakaran, bilik guru,padang dan gelanggang,
kelas, kantin dan terakhir tandas. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
di antara pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan dari aspek makmal dan umum berasaskan
jumlah pelajar. Ini menunjukkan jumlah pelajar mempengaruhi tahap pelaksanaan amalan keselamatan
dan kesihatan di sekolah.
Justeru dalam usaha untuk membentuk sekolah selamat semua pihak perlu memberi kerjasama yang
memuaskan. Setiap aspek keselamatan dan kesihatan hendaklah diambilkira dalam pelaksanaan amalan
keselamatan dan kesihatan di sekolah demi memastikan kejayaannya. lanya jua memerlukan kerjasama
daripada semua pihak melalui suatu perancangan pengurusan keselamatan yang rapi dan bersistematik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.