UPSI Digital Repository (UDRep)

Ekspresi karya seni visual anak anak gelandangan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur

AVAILABLE Thesis 534 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Ekspresi karya seni visual anak anak gelandangan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur
Type
Thesis
Main Author
Nafisah Md Noor
Subject
N Fine Arts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2020
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai ekspresi karya seni visual yang dihasilkan oleh pelajar Sekolah  Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur dengan memberi tumpuan terhadap tiga aspek iaitu  apresiasi terhadap  seni visual, nilai estetika, dan kesedaran umum terhadap kanak-kanak  gelandangan. Batasan kajian hanya tertumpu kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Bimbingan  Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian kes.  Kaedah pengumpulan data kajian melibatkan temu bual telah menunjukkan daya imaginasi dan  pengetahuan kakak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu yang rapat dengan  mereka. Selain itu, kajian melalui analisis karya menunjukkan hasil karya kanak-kanak lebih  dipengaruhi oleh faktor persekitaran, pengetahuan, pengalaman, daya imaginasi dan faktor sosial.  Manakala, kajian melalui rakaman audio dan rakaman visual memperlihatkan kreativiti kanak-kanak  adalah berbeza berdasarkan tahap perkembangan mereka. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang  pelajar yang berumur antara 7 dan 12 tahun berdasarkan kriteria kekerapan kehadiran mereka ke  sekolah dan penglibatan mereka semasa kajian dijalankan. Di samping itu, pese11a kajian juga  terdiri daripada tiga (3) orang pentadbir sekolah tersebut. Hasil kajian menunjukkan faktor  persekitaran dan perilaku mempengaruhi hasil karya yang diekspresikan sebagai cerminan pengalaman  visual anak-anak gelandangan. Hasil karya pelajar mampu mengungkap proses luahan rasa mereka  terhadap anak-anak gelandangan dalam aktiviti seni visual melalui pendekatan ekspresi seni visual  yang dilaksanakan. Secara kesimpulan, dapatan menunjukkan elemen  persekitaran  mempengaruhi   kreativiti,  gaya,  dan  olahan  idea  dalam penghasilan karya seni visual pelajar. Dapatan kajian  mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi ekspresi kanak-kanak ini boleh dijadikan sebagai panduan  untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran seni visual dalam kalangan pelajar sekolah menengah  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.