Perkaitan antara tekanan kerja dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah di daerah Manjung
Type
Thesis
Main Author
Norazlin Salleh
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja
dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Manjung
berdasarkan umur, jantina dan pengalaman mengajar. Kajian ini berbentuk tinjauan
menggunakan soal selidik. Seramai 104 orang guru, terdiri daripada 22 orang guru ielaki
dan 82 orang guru perempuan telah menjadi responden kajian. Soal selidik kajian
mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat diri, soalan berkaitan tekanan kerja dan
kepuasan kerja. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan ialah min, frekuensi, peratus dan statistik
inferensi melibatkan korelasi, ujian-t, ujian ANOVA satu hala dan regresi. Kajian
mendapati bahawa tahap tekanan kerja dalam kalangan guru adalah pada tahap sederhana.
Berdasarkan nilai min, tahap tekanan kerja guru lelaki didapati lebih tinggi daripada guru
perempuan, namun begitu perbezaan ini tidak signifikan pada aras keyakinan 95%. Tahap
kepuasan kerja guru juga berada pada tahap sederhana. Berdasarkan nilai min, tahap
kepuasan kerja guru lelaki lebih tinggi daripada guru perempuan, namun begitu perbezaan
ini tidak signifikan pada aras keyakinan 95%. Hasil analisis regresi menunjukkan kesan
pemboleh ubah bebas, kekangan masa, penghargaan, karenah pelajar dan perhubungan
interpersonal ke atas tekanan kerja adalah signifikan. Kesan pembolehubah bebas tersebut
terhadap kepuasan kerja adalah signifikan yang mana pembolehubah bebas tersebut
menjelaskan 92.3% daripada variasi dalam kepuasan kerja. Hasil analisis korelasi
menunjukkan tekanan kerja mempunyai korelasi positif dan sederhana dengan kepuasan
kerja. Kesimpulan kajian menunjukkan guru di Manjung memang mengalami tekanan
kerja tetapi berada pada tahap sederhana, dan tahap kepuasan kerja guru juga adalah
sederhana. Antara cadangan kepada pentadbir sekolah termasuklan untuk mewujudkan
suasana harmoni di sekolah, pengagihan tugas samarata dan peluang kenaikan pangkat
yang adil serta menganjurkan program pengurusan tekanan. Guru sekolah rendah di
daerah ini perlu bertindak secara lebih proaktif dengan menguasai kemahiran teknologi
maklumat (ICT) supaya dapat menangani dengan baik kurikulum baru serta bekerja
secara koperatif dengan rakan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.