UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkaitan antara tekanan kerja dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah di daerah Manjung

AVAILABLE Thesis 479 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Perkaitan antara tekanan kerja dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah di daerah Manjung
Type
Thesis
Main Author
Norazlin Salleh
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Manjung berdasarkan umur, jantina dan pengalaman mengajar. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Seramai 104 orang guru, terdiri daripada 22 orang guru ielaki dan 82 orang guru perempuan telah menjadi responden kajian. Soal selidik kajian mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat diri, soalan berkaitan tekanan kerja dan kepuasan kerja. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan ialah min, frekuensi, peratus dan statistik inferensi melibatkan korelasi, ujian-t, ujian ANOVA satu hala dan regresi. Kajian mendapati bahawa tahap tekanan kerja dalam kalangan guru adalah pada tahap sederhana. Berdasarkan nilai min, tahap tekanan kerja guru lelaki didapati lebih tinggi daripada guru perempuan, namun begitu perbezaan ini tidak signifikan pada aras keyakinan 95%. Tahap kepuasan kerja guru juga berada pada tahap sederhana. Berdasarkan nilai min, tahap kepuasan kerja guru lelaki lebih tinggi daripada guru perempuan, namun begitu perbezaan ini tidak signifikan pada aras keyakinan 95%. Hasil analisis regresi menunjukkan kesan pemboleh ubah bebas, kekangan masa, penghargaan, karenah pelajar dan perhubungan interpersonal ke atas tekanan kerja adalah signifikan. Kesan pembolehubah bebas tersebut terhadap kepuasan kerja adalah signifikan yang mana pembolehubah bebas tersebut menjelaskan 92.3% daripada variasi dalam kepuasan kerja. Hasil analisis korelasi menunjukkan tekanan kerja mempunyai korelasi positif dan sederhana dengan kepuasan kerja. Kesimpulan kajian menunjukkan guru di Manjung memang mengalami tekanan kerja tetapi berada pada tahap sederhana, dan tahap kepuasan kerja guru juga adalah sederhana. Antara cadangan kepada pentadbir sekolah termasuklan untuk mewujudkan suasana harmoni di sekolah, pengagihan tugas samarata dan peluang kenaikan pangkat yang adil serta menganjurkan program pengurusan tekanan. Guru sekolah rendah di daerah ini perlu bertindak secara lebih proaktif dengan menguasai kemahiran teknologi maklumat (ICT) supaya dapat menangani dengan baik kurikulum baru serta bekerja secara koperatif dengan rakan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.