UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara jantina dan prestasi akademik dengan
kesihatan mental pelajar ISMP semester 7 Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi (FPE), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik
dengan menggunakan skala Likert empat mata melalui aplikasi Google Form. Sampel kajian
terdiri daripada 108 pelajar tahun akhir, iaitu pelajar ISMP semester 7 Fakulti Pengurusan dan
Ekonomi (FPE) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggunakan teknik pensampelan
mudah (Convenience sampling). Semua data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan
inferensi menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
versi 25. Analisis deskriptif digunakan untuk menerangkan profil responden serta menganalisis
tahap kesihatan mental pelajar. Hasil dapatan kajian mendapati skor min bagi tahap kesihatan
mental pelajar adalah sederhana. Selain itu, analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kesihatan mental pelajar berdasarkan jantina. Seterusnya,
analisis korelasi Pearson menunjukkan prestasi akademik tidak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan tahap kesihatan mental pelajar. Justeru, diharapkan melalui kajian ini masalah
kesihatan mental dalam kalangan pelajar IPT dapat diambil perhatian oleh semua pihak.
Kesihatan mental pelajar universiti haruslah diberi perhatian yang serius oleh semua pihak agar
mereka dapat melangsungkan hidup di kampus dengan baik dan meneruskan suasana
pembelajaran dengan sempurna. |
References |
Abdul Aziz, A. R., Zulkifli, N. A., Othman, M. Z., & Musa, N. N. (2021). Tinjauan Terhadap Tahap Tekanan Pelajar Universiti Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal Of Social Sciences And Humanities (Mjssh), 6(10),15-24. Abdullah @ Mohd Nor, H., & Hamidi, N. A. (2019). Sokongan SosialDan Penghargaan Kendiri Sebagai Petunjuk Kemurungan Dalam Kalangan Mahasiswa Insitusi Pengajian Tinggi (Ipt). Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 6(2). Abdul Rahman, U. F., & Asmad, A. (2023). Kesihatan Mental Dan Motivasi Pelajar Unissa Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Journal Of Al-Tamaddun, 18(1),103-114. Ali, R., Asmuni, S. A., & Wan Mustaffa, W. N. F. (2023). Faktor Tekanan Di Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) Bagi Matematik Kejuruteraan 2. Technical And Vacational Educationinternational Journal, 3(1). Azilan, N. K. N. (2023). Hubungan Kesihatan MentalDenganMotivasiDalam KalanganPalapes UniversitiUtara Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial, 26,113-138. Deraman, S., Yahya, S. A., Hj. Aripin, S. N., & Abdol Raop, N. (2022). Kecerdasan Spiritual Dan KesihatanMentalRemaja. Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal Of Social Science, 7(1),61-69. Ganasan, H. M., & Azman, N. (2021). Kesihatan Mental Dan Motivasi Pelajar Semasa PembelajaranDalamTalianSepanjang Pandemik Covid-19. Malaysian Journal Of Social Sciences And Humanities(Mjssh), 6(10). Hamsan, H. H., Mae, T. P., & Selamat, J. H. (2010). Stres Dan Pencapaian Akademik Mahasiswa Pembangunan Manusia Di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 13, 57-72. Hamzah, R., Salehan, H., Muhaimin, A., Ahmad, H., Mad Jusoh, M. S., & Latada, F. (2021). Kesihatan MentalDan Kecerdasan SpiritualMahasiswa DiUniversiti; Satu Perbandingan Antara Tahun Pengajian Dan Agama. International Journal Of Humanities Technology And Civilization (Ijhtc), Vol 6(S3). Ismail, M. S., Yahya, N., Shafie, A. B., Shuhari, M. H., Md. Zain, A. D., Rozali, M. H., Wahab, M. R., & Mohamad Yusof, S. H. (2023). Wabak Pandemik Covid 19 Implikasinya Terhadap Kesihatan Mental Dan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Unisza. International Journalofislamic Productsand Malay Civilization, 2(2). Ismail, N., & Ariff Khalid, M. K. (N.D.). Tahap Kemurungan Dalam Kalangan Pelajar. International Journal Of Advanced Research In Education And Society, 5(3). Johari, M. A. B., & Ahmad, S. (2019). Persepsi Tekanan Akademik Dan Kesejahteraan Diri Di Dalam Kalangan Pelajar Universiti Di Serdang, Selangor. Educatum –Journal Of Social Science (Ejoss), Vol 5(No 1), 24-36. Mally, M. G., & Samsudin, N. H. (2022). Kesihatan Mental Dan Prestasi Akademik Pelajar International Baccalaureate Diploma Programme (Ibdp) Sewaktu Pandemik Covid-19. Kesihatan Mental Dan Prestasi Akademik Pelajar International Baccalaureate Diploma Programme (Ibdp) Sewaktu Pandemik Covid-19, Vol 7(10). Mat Wajar, M. S. A., & Hamzah, R. (2020). Model Kebahagiaan Hidup Pelajar Universiti Berdasarkan Faktor Kesihatan Mental, Kecerdasan Spiritual Dan Demograf. Malaysian Journal Of Social Sciences And Humanities(Mjssh), Vol 5(11), 17-32. Mohamad, M. S., & Ibrahim, R. (2018). Perbezaan Gender Tekanan Psikologikal Dan Kesihatan MentalDalam KalanganPelajar Prasiswazah. Jurnal Personalia Pelajar, 21(1), 55-66. Mohamad, M. S., & Mohamed, M. H. (2020). Jenis Personaliti Dan Tahap Kesihatan Mental Dalam Kalangan Mahasiswa Di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Personalia Pelajar, 23(1),7-17. Mohd Farhan, S. S., Kamarul Arifain, S. M., & Yusof, F. (2021). Hubungan Antara Sokongan Sosial Dan Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal Of Social Science, 6(1), 21-31. Mohd Nazal, M. B. (2023). Hubungan Antara Teknostres, Efikasi KendiriDan Kesihatan Mental Dalam KalanganPelajar Pascasiswazah. Musa, R., Fadzil, M. A., & Zain, Z. (2007). Translation, Validation And Psychometric Properties Of Bahasa Malaysia Version Of The Depression Anxiety And Stress Scales (Dass). Asean Journal Of Psychiatry, 8(2),82-89. Nakur Ali, M. N., & Omar, N. H. (2022). Perhubungan Antara Kualiti Tidur Dan Prestasi Akademik Mahasiswa Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 6(1). Rahhim, N. A., & Saim, N. J. (2022). Kajian Terhadap Mahasiswa B40 Di Universiti Kebangsaan Malaysia : Tahap Tekanan Dan Pengaruhnya Terhadap Prestasi Akademik. Jurnal Wacana Sarjana, 6(4), 1-16. Ramli, M. W., & Sheikh Dawood, S. R. (2020). Faktor Tekanan Dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Journal Of Social Sciences And Humanities, 17(7), 66-76. Samsudin, S., & Chee Hong, K. T. (2016). Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental Dan Prestasi Pelajar Sarjana Muda: Satu Kajian Di Universiti Utara Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 14(1), 11-16. Tuan M. Salman, T. M. I., Wahid, N. A., Yunus, A. M., Yusoff, Z. M., & Ariffin, M. R. (2022). Faktor Kemurungan Di Kalangan Pelajar Universiti Di Malaysia. International Journal Ofislamic Productsand Malay Civilization, 1(1), 128-146. Yusuf, N., Rosli, H. F., Dundai Abdullah, N. N., & Ismail, N. A. (2023). Tahap Kesedaran Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Di Institut Pengajian Tinggi. Jurnal ‘Ulwan, 8(3). Zamri, M. H. (2023, April 28). Tinta Minda Bernama -Tahap Kesihatan Mental Mahasiswa Membimbangkan. Bernama.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |