UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan multimedia di kalangan guru guru PPSMI di sekolah sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama, Perak

AVAILABLE Thesis 475 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Penggunaan multimedia di kalangan guru guru PPSMI di sekolah sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama, Perak
Type
Thesis
Main Author
Baharuddin Hashim
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2005
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kejayaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)  bergantung kepada usaha guru mengintegrasikan pelbagai kaedah pengajaran  yang berkesan dalam  pengajaran mereka  termasuk penggunaan pakej peralatan multimedia yang dibekalkan oleh Kementerian  Pelajaran Malaysia seperti komputer bimbit, projektor LCD dan CD perisian pembelajaran. Kajian ini  bertujuan melihat kekerapan penggunaan pakej multimedia tersebut di samping faktor-faktor yang  mendorong penggunaannya iaitu faktor persepsi guru, faktor kemahiran, faktor kursus dan faktor  pentadbiran. Kaedah tinjauan secara soal-selidik telah dijalankan di kalangan empat puluh empat  orang guru yang mengajar Sains atau Matematik dalam Bahasa lnggeris di enam buah sekolah menengah  di Daerah Larut Matang Dan Selama, Perak. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian  SPSS untuk mengira min, sisihan piawai, peratusan dan ujian-t. Antara dapatan kajian ialah: (a) guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan multimedia (min di antara 3.89  hingga 4.48), (b) kekerapan penggunaan bagaimanapun adalah pada tahap sederhana (min 2.89), dan (c)  tiada perbezaan yang signifikan terhadap kekerapan penggunaan multimedia  mengikut subjek diajar,  jantina guru dan pengalaman guru (ujian-t masing-masing menunjukkan 0.744, 0.844 dan 0.500 pada  tahap signifikan p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.