UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Salmah Jaafar
Title :Tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru guru sekolah menengah daerah Kota Bharu, Kelantan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian bematlamat untuk melihat orientasi tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan  kepuasan kerja guru di beberapa buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Dimensi tingkah laku  kepimpinan yang dikaji ialah tingkah laku kepimpinan pendayatamaan struktur dan tingkah laku  kepimpinan timbang rasa. Manakala tahap kepuasan kerja guru berdasarkan aspek faktor pendorong dan  faktor higien. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan tingkah laku kepimpinan pengetua dan  kepuasan kerja guru. Kajian turut melihat perbezaan tingkah laku kepimpinan pengetua berdasarkan  ciri-ciri demografi seperti klasifikasi sekolah dan jantina pengetua. Seramai 315 guru dari 27 buah  sekolah menengah yang terletak di daerah Kota Bharu dipilih sebagai responden.. Instrumen kajian  terdiri daripada soal selidik •The Leader Behaviour Description Questionaire' (LBDQJ untuk mengukur  dimensi  tingkah  laku  kepimpinan  pendayautamaan  struktur  dan  tingkah  laku kepimpinan timbang  rasa. Manakala •The Minnesota  Satisfaction Questionaire' (MSQJ untuk tahap kepuasan kerja guru.   Data-data diperolehi dianalisis dengan bantuan perisian komputer melalui program 'Statistical  Package For the Social Science'  (SPSS) versi 11.5. di mana min dan peratusan dicari untuk melihat  demografi, ujian-t dan Korelasi 'Pearson' aras signifikan 0.05 telah digunakan untuk menentukan  sama ada sesuatu hipotesis nol itu ditolak atau diterima. Dapatan kajian menunjukkan  tidak   terdapat  perbezaan  di  antara  tingkah  laku  kepimpinan pendayautamaan struktur dan timbang rasa  dengan demografi iaitu klasifikasi sekolah dan jantina pengetua. Selain dari itu dapatan kajian  tersebut  juga menunjukkan terdapat perbezaan antara tingkahlaku kepimpinan pendayautamaan struktur  dan timbang rasa dengan kepuasan kerja guru dari aspek faktor pendorong dan higien. Terdapat  hubungan yang kuat antara tingkah laku kepimpinan dengan kepuasan kerja.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.