UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji ekspresi seni kanak-kanak prasekolah dalam aktiviti
seni iaitu dengan melihat aktiviti seni yang dilakukan di samping turut mengkaji bentuk ekspresi dan
unsur yang wujud dalam ekspresi seni tersebut. Kajian ini melibatkan 5 orang responden yang terdiri
daripada kanak-kanak prasekolah Sri Cempaka, Institut Perguruan Perlis, Perlis. Menerusi
kajian literature yang dijalankan, penyelidik mengklafikasikan aktiviti seni Yang dilakukan adalah
berdasarkan sukatan pelajaran iaitu mengikut bidang menggambar, membuat corak rekaan dan membuat
bentuk binaan. Pada keseluruhannya kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah
kajian kes iaitu dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual. Analisisis data secara
interpretasi diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan seberapa tepat yang mungkin
tentang apa yang dikaji serta menstrukturkan semula data dalam bentuk realiti yang mudah difahami
oleh pembaca. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti seni yang paling diminati oleh kanak-kanak
prasekolah adalah lukisan. Manakala ekspresi seni kanak-kanak dilihat semasa bemulanya lakaran imej
yang digambarkan di dalam lukisan mereka. Hasil kajian menunjukkan wujudnya unsur naratif dalam
lukisan yang telah dihasilkan. lmplikasi daripada kajian mendapati bahawa kanak-kanak
diperingkat prasekolah seharusnya di beri kebebasan selain daripada sokongan, motivasi dan
sebagainya bagi meransangkan kreativiti ekspresi mereka dalam menghasilkan karya.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |