UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Muhammad Sukri Osman
Title :Ekspresi seni kanak kanak prasekolah dalam aktiviti seni: satu kajian kes
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji  ekspresi seni kanak-kanak prasekolah dalam aktiviti  seni iaitu dengan melihat aktiviti seni yang dilakukan di samping turut mengkaji bentuk ekspresi dan  unsur yang wujud dalam ekspresi seni tersebut. Kajian ini melibatkan  5 orang responden  yang terdiri daripada  kanak-kanak  prasekolah  Sri Cempaka, Institut Perguruan Perlis, Perlis. Menerusi  kajian literature yang dijalankan, penyelidik mengklafikasikan aktiviti seni Yang dilakukan adalah  berdasarkan sukatan pelajaran iaitu mengikut bidang menggambar, membuat corak rekaan dan membuat  bentuk binaan. Pada keseluruhannya kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah  kajian kes iaitu dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual. Analisisis data secara  interpretasi diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan seberapa tepat yang mungkin  tentang apa yang dikaji serta menstrukturkan semula data dalam bentuk realiti yang mudah difahami  oleh pembaca. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti seni yang paling diminati oleh kanak-kanak  prasekolah adalah lukisan. Manakala ekspresi seni kanak-kanak dilihat semasa bemulanya lakaran imej  yang digambarkan di dalam lukisan mereka. Hasil kajian menunjukkan wujudnya unsur naratif dalam  lukisan yang telah  dihasilkan.  lmplikasi  daripada  kajian  mendapati  bahawa  kanak-kanak  diperingkat prasekolah seharusnya di beri kebebasan selain daripada sokongan, motivasi dan  sebagainya bagi meransangkan kreativiti ekspresi mereka dalam menghasilkan karya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.