UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Lier Giew Leong
Title :Kekangan pengurusan sekolah kurang murid sekolah jenis kebangsaan Cina di negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kekangan pengurusan sekolah kurang murid di sekolah Jenis  Kebangsaan Cina di Negeri Perak. Kajian ini adalah bertumpu kepada kekangan fizikal, tanggungjawab,  emosi dan psikologi ke atas pengurusan sekolah kurang murid. Seramai 65 orang Guru Besar daripada 74 buah sekolah kurang murid SJK(C) di Negeri Perak. telah  memberi respon terhadap kajian ini. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan satu set soal  selidik yang mengandungi 54 item.yang dibahagi kepada empat bahagian, iaitu bahagian A mempunyai 14  item mengenai maklumat sekolah, bahagian B mempunyai 6 item mengenai maklumat fizikal sekolah,   bahagian  C  mempunyai  12  item  mengenai  maklumat  kekangan tanggungjawab, dan bahagian D  mempunyai 22 item yang mengukur keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian responden. Hasil dapatan kajian ialah pengurus-pengurus SKM SJK(C) di Negeri Perak menghadapi kekangan fizikal  dan tanggungjawab semasa menjalankan tugas mereka. Manakala kekangan emosi dan psikologi yang  dihadapi oleh pengurus­ pengurus SKM SJK(C) di Negeri Perak adalah pada kadar rendah sahaja. Pihak kerajaan harus mempergiatkan aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar untuk  menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk penduduk­ penduduk luar bandar demi mengekalkan  mereka terus bermastautin di kawasan berkenaan. Kementerian Pendidikan Malaysia harus membenarkan  SKM SJK(C) berpindah ke bandar-bandar besar demi mengelakkan SKM SJK(C) ditutup. Kekangaan fizikal SKM SJK(C) dapat diatasi dengan pihak Lembaga Pengurus sekolah  menyerah  hak   kepunyaan  sekolah  kepada  Kementerian  Pelajaran Malaysia  atau  pihak  Kementerian  Pelajaran   Malaysia  membubarkan  polisi pengkategorian sekolah kepada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan  Sekolah Bantuan Modal. Dari segi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di SKM, kelas bercantum atau multigrade teaching  harus diberhentikan dan norma perjawatan harus dirombak agar dapat memperbaiki taraf pencapaian  akademik. Penyelidik mencadangkan bahawa kajian-kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan adalah baik  sampel saiz dibesarkan ke semua SKM SJK(C) di seluruh negara.  Kajian-kajian juga boleh dilakukan  ke atas SKM Sekolah Kebangsaan, termasuk sekolah Orang Asli dan SJK(T) untuk membuat kajian  perbandingan sama ada kekangan yang dihadapi adalah sama atau tidak di SJK(C).  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.