UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Johari Sidek
Title :Respons murid tahun lima terhadap program nilam di daerah Bentong
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2009
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini diusahakan  untuk mengkaji keberkesanan Program Nilam yang dilaksanakan di sekolah   rendah. Kajian yang dijalankan ini adalah  kajian  tinjauan. Kajian  ini dijalankan  di empat  buah  sekolah  rendah. Bagi  tujuan  mendapatkan  persampelan, sebanyak 120 orang murid Tahun Lima telah  dikenal pasti bagi tujuan tersebut. Sampel­ sampel berkenaan terdiri daripada taburan komposisi  jantina yang seimbang. Sampel­ sampel tersebut juga mewakili tiga kumpulan belajar yang utama, iaitu  potensi, sederhana dan cemerlang. Soalan-soalan  kajian yang diutarakan  berhubung demografi sampel  sebagai pemboleh ubah. Seterusnya, soalan-soalan kajian meninjau genre bacaan yang sering  dimanafaatkan oleh kumpulan sampel. Selain itu, soalan kajian juga mencakupi ruang  lingkup   kefahaman  sampel  terhadap  pelaksanaan  Program  Nilam  yang dilaksanakan di sekolah. Selain itu,  penglibatan murid terhadap pelaksanaan program tersebut sama ada di sekolah atau pada masa senggang  turut disoal. Bagi meninjau keberkesanan program tersebut, impak pelaksanaannya turut diberikan  perhatian turut dimuatkan dalam soalan kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat  kajian. Perisian SPSS v.12 diguna pakai bagi usaha-usaha menganalisis dan menginterpretasi data.  Pengkaji menggunakan kaedah Ujian Rujuk Silang dan Ujian Khai Kuasa Dua bagi mengkaji  perbezaan   dua  pemboleh  ubah.  Bagi  data  yang  mempunyai  lebih  dua pembolehubah, pengkaji menggunakan  Ujian Statistik ANOYA Sehala dan Ujian Post Hoc (Turkey's-b) untuk mencari perbezaan. Kajian ini  mendapati bilangan murid-murid di Bandar lebih tinggi memanafaatkan buku-buku Nilam. Begitu juga  perbezaan jantina, iaitu murid perempuan lebih banyak membaca berbanding murid lelaki. Seterusnya,  murid-murid yang berada dalam kumpulan cemerlang membaca lebih banyak berbanding mereka yang berada dalam kumpulan sederhana dan potensi.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.