Respons murid tahun lima terhadap program nilam di daerah Bentong
Type
Thesis
Main Author
Johari Sidek
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2009
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini diusahakan untuk mengkaji keberkesanan Program Nilam yang dilaksanakan di sekolah
rendah. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan di empat buah
sekolah rendah. Bagi tujuan mendapatkan persampelan, sebanyak 120 orang murid Tahun Lima telah
dikenal pasti bagi tujuan tersebut. Sampel sampel berkenaan terdiri daripada taburan komposisi
jantina yang seimbang. Sampel sampel tersebut juga mewakili tiga kumpulan belajar yang utama, iaitu
potensi, sederhana dan cemerlang. Soalan-soalan kajian yang diutarakan berhubung demografi sampel
sebagai pemboleh ubah. Seterusnya, soalan-soalan kajian meninjau genre bacaan yang sering
dimanafaatkan oleh kumpulan sampel. Selain itu, soalan kajian juga mencakupi ruang lingkup
kefahaman sampel terhadap pelaksanaan Program Nilam yang dilaksanakan di sekolah. Selain itu,
penglibatan murid terhadap pelaksanaan program tersebut sama ada di sekolah atau pada masa senggang
turut disoal. Bagi meninjau keberkesanan program tersebut, impak pelaksanaannya turut diberikan
perhatian turut dimuatkan dalam soalan kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat
kajian. Perisian SPSS v.12 diguna pakai bagi usaha-usaha menganalisis dan menginterpretasi data.
Pengkaji menggunakan kaedah Ujian Rujuk Silang dan Ujian Khai Kuasa Dua bagi mengkaji perbezaan
dua pemboleh ubah. Bagi data yang mempunyai lebih dua pembolehubah, pengkaji menggunakan
Ujian Statistik ANOYA Sehala dan Ujian Post Hoc (Turkey's-b) untuk mencari perbezaan. Kajian ini
mendapati bilangan murid-murid di Bandar lebih tinggi memanafaatkan buku-buku Nilam. Begitu juga
perbezaan jantina, iaitu murid perempuan lebih banyak membaca berbanding murid lelaki. Seterusnya,
murid-murid yang berada dalam kumpulan cemerlang membaca lebih banyak berbanding
mereka yang berada dalam kumpulan sederhana dan potensi.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.