UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru prasekolah dalam mengajar pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak. Aspek-aspek kesediaan yang dikaji termasuklah 1) aspek demografi guru 2) sumber maklumat sedia ada 3) kursus, bengkel, latihan yang dihadiri oleh guru, 4) tahap pengetahuan guru 5) topik yang guru rasa sesuai untuk mengajar kanak-kanak prasekolah . Selain itu kajian ini juga meninjau persetujuan guru untuk topik pendidikan seksual diajar di prasekolah dan persetujuan guru untuk mengajar topik ini. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan ditadbirkan kepada 208 orang guru di daerah Kinta, Perak Tengah dan Kuala Kangsar. Soalselidik ini mengandungi 4 bahagian yang terdiri daripada cirri-ciri sosio-demografi, aspek pengetahuan sedia ada guru, kursus dihadiri, tahap keyakinan guru, tahap pengetahuan guru dan topic pilihan guru. Keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa 67.8 % guru sangat bersetuju dan 9.1 % bersetuju bahawa topik ini patut diajar kepada kanak-kanak prasekolah. Ini menunjukkan guru prasekolah di daerah ini setuju pendidikan seksual di ajar di kelas prasekolah walaubagaimanapun, terdapat 80 orang atau 38.5 % guru kurang setuju jika diminta mengajar topik ini. Biarpun peratus guru kurang bersetuju mengajar pendidikan seksual di kelas prasekolah, namun dapatan kajian mendapati 50 % guru prasekolah di daerah ini bersedia untuk mengajar pendidikan seksual jika diarahkan oleh pihak Kementerian. Antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada kesediaan guru adalah daripada aspek sumber maklumat sedia ada, kursus, bengkel, latihan yang dihadiri oleh guru, dan tahap pengetahuan guru. Begitu juga faktor demografi dari segi umur, taraf perkahwinan dan tahap pendidikan guru mempengaruhi kesediaan guru mengajar pendidikan seksual di kelas prasekolah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |