UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB2300 Higher Education
Main Author :Hairudin Ruzaili Hambali
Title :Pelaksanaan Kursus Induksi Kumpulan Sokongan di bawah skim Perkhidmatan Pelajaran: satu kajian di Jabatan Pelajaran negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji elemen-elemen keberkesanan yang mempengaruhi pelaksanaan Kursus Induksi yang cuba dilihat dari perspektif pelajar. Untuk tujuan itu, soal selidik yang diadaptasikan dari Kirpatrick telah diedarkan kepada  159 orang peserta Kursus Induksi  Kumpulan Sokongan Perkhidmatan Pelajaran Negeri Perak. Pandangan peserta ini cuba difahami melalui enam elemen iaitu, tenaga pengajar, sokongan majikan, kurikulum, peserta latihan, kaedah  latihan  dan bahan & kemudahan latihan. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan analisis perbandingan min (independent sample t-test dan ANOVA) dan analisis regression. Independent Sample t-test digunakan bagi mencari perbezaan persepsi peserta kursus terhadap faktor yang mempengaruhi keberkesanan kursus. Melalui analisis ini, persepsi  pelajar terhadap elemen  yang mempengaruhi keberkesanan  dapat diukur. Manakala statistik ANOVA digunakan untuk menentukan  sekiranya faktor demografi seperti   nama jawatan, jantina dan umur berperanan dalam mewujudkan perbezaan  persepsi terhadap elemen yang mempengaruhi keberkesanan Kursus Induksi yang dijalankan. Analisis regression pula  digunakan bagi mencari  perkaitan bagaimana pandangan peserta kursus terhadap keberkesanan kursus yang dijalankan. Dapatan analisis independent sample t-test menunjukkan  terdapat perbezaan persepsi yang signifikan bagi  tahap elemen kaedah  latihan, jantina, peserta latihan dan tenaga pengajar. Namun dapatan analisis ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan bagi elemen umur dan  kaedah latihan yang mempengaruhi  keberkesanan Kursus Induksi yang dijalankan Hasil analisis regression yang dijalankan pula membuktikan hanya kaedah latihan dan jantina merupakan peramal yang signifikan dan  berpengaruh dalam memberikan impak ke atas pandangan peserta kursus keseluruhan keberkesanan Kursus Induksi yang dijalankan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.