UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB1603 Secondary Education. High schools
Main Author :Salmah Ibrahim
Title :Hubungan amalan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2014
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan amalan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. Kaedah tinjauan dengan teknik Pensampelan Mudah (Convenience Sampling) digunakan untuk mendapat maklumat melalui instrumen soal selidik yang mempunyai kebolehpercayaan Alfa Cronbach = 0.957. Responden kajian terdiri daripada 284 orang guru-guru yang pernah menjalankan kajian tindakan di sekolah-sekolah menengah dan rendah di negeri Perak. Penganalisaan data dalam kajian ini menggunakan SPSS secara deskriptif untuk mendapat nilai kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala statistik inferensiĀ  iaituĀ  analisis regresi pelbagai dan ujian Khi Kuasa Dua digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kemahiran guru tentang kajian tindakan adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. Kemahiran menjalankan kajian tindakan menerangkan 4.3% daripada variasi di dalam tahap profesionalisme guru. Pengalaman menjalankan kajian tindakan dan kekerapan menjalankan kajian tindakan didapati tidak signifikan di dalam menerangkan variasi tahap profesionalisme guru. Keputusan ujian Khi Kuasa Dua pula menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan kelayakan akademik guru (Cramer"s V = 0.254). Namun, terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan pengalaman mengajar guru (Cramer"s V = 0.268). Kesimpulannya, kajian tindakan merupakan satu model pembangunan profesional yang sangat berkesan untuk mentransformasikan guru menjadi seorang pengamal reflektif, penyelesai masalah yang sistematik dan pembuat keputusan yang bijaksana.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.