Hubungan amalan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru
Type
Thesis
Main Author
Salmah Ibrahim
Subject
LB1603 Secondary Education. High schools
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2014
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan amalan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. Kaedah tinjauan dengan teknik Pensampelan Mudah (Convenience Sampling) digunakan untuk mendapat maklumat melalui instrumen soal selidik yang mempunyai kebolehpercayaan Alfa Cronbach = 0.957. Responden kajian terdiri daripada 284 orang guru-guru yang pernah menjalankan kajian tindakan di sekolah-sekolah menengah dan rendah di negeri Perak. Penganalisaan data dalam kajian ini menggunakan SPSS secara deskriptif untuk mendapat nilai kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala statistik inferensiĀ iaituĀ analisis regresi pelbagai dan ujian Khi Kuasa Dua digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kemahiran guru tentang kajian tindakan adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. Kemahiran menjalankan kajian tindakan menerangkan 4.3% daripada variasi di dalam tahap profesionalisme guru. Pengalaman menjalankan kajian tindakan dan kekerapan menjalankan kajian tindakan didapati tidak signifikan di dalam menerangkan variasi tahap profesionalisme guru. Keputusan ujian Khi Kuasa Dua pula menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan kelayakan akademik guru (Cramer"s V = 0.254). Namun, terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan pengalaman mengajar guru (Cramer"s V = 0.268). Kesimpulannya, kajian tindakan merupakan satu model pembangunan profesional yang sangat berkesan untuk mentransformasikan guru menjadi seorang pengamal reflektif, penyelesai masalah yang sistematik dan pembuat keputusan yang bijaksana.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.