UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan identiti profesional terhadap pengetahuan kurikulum prasekolah dalam kalangan guru tadika swasta

AVAILABLE Thesis 908 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan identiti profesional terhadap pengetahuan kurikulum prasekolah dalam kalangan guru tadika swasta
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Haziq Mohd Sharif
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2020
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan kesan identiti profesional terhadap pengetahuan kurikulum prasekolah dalam kalangan guru tadika swasta. Tiga faktor identiti profesional iaitu kelayakan ikhtisas, pembangunan profesional dan pengalaman telah dikenal pasti dalam konteks Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dijadikan panduan pembinaan konsep awal identiti profesional. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan 269 guru dipilih secara rawak daripada populasi guru tadika swasta seramai 929 orang di daerah Gombak, Selangor. Instrumen kajian terdiri daripada satu set borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Analisis ANOVA sehala mendapati terdapat perbezaan pengetahuan kurikulum prasekolah yang signifikan berdasarkan kelayakan ikhtisas [F(2, 266) = 3.05, p < 0.05] dan pembangunan profesional [F(5, 263) = 2.59, p < 0.05] responden tersebut. Perbandingan Post Hoc menggunakan ujian Tukey menunjukkan skor min pengetahuan kurikulum prasekolah bagi kumpulan guru-guru Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)/Pendidikan Prasekolah dan ke atas (M = 3.52, SP = 0.39) berbeza secara signifikan dengan kumpulan guru-guru Sijil PAKK/Perguruan Prasekolah (M = 3.38, SP = 0.37). Selanjutnya, guru-guru yang telah menjalani pembangunan profesional dalam kumpulan  Lain-lain (M = 3.66, SP = 0.34) berbeza secara signifikan dengan kumpulan guru-guru  Tiada  penglibatan dalam pembangunan profesional (M = 3.39, SP = 0.38). Analisis ANOVA dua-hala pula mendapati terdapat kesan interaksi signifikan antara kelayakan ikhtisas dan pengalaman [F(4, 260) = 3.01, p < 0.05] terhadap pengetahuan kurikulum prasekolah, namun secara songsang. Plot profil menunjukkan kesan interaksi paling tinggi bagi guru-guru Diploma PAKK/Pendidikan Prasekolah dan ke atas berlaku semasa pengalaman mereka kurang dari tiga tahun. Kesimpulannya, dapatan ini menunjukkan kelayakan ikhtisas lebih tinggi dan penglibatan guru-guru tadika swasta dalam pembangunan profesional yang berkaitan memberi kesan signifikan terhadap pengetahuan mereka mengenai KSPK manakala pengalaman adalah nilai tambah kepada guru yang berkelayakan ikhtisas semasa tahun awal pengajaran mereka. Implikasinya, dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan dalam pembinaan konsep identiti profesional bagi guru tadika.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.