UPSI Digital Repository (UDRep)

Kajian tahap penguasaan dan hubungan kemahiran berfikir kritis terhadap pencapaian dalam kalangan pelajar Biologi tingkatan empat di Zon Rawang

AVAILABLE Thesis 483 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kajian tahap penguasaan dan hubungan kemahiran berfikir kritis terhadap pencapaian dalam kalangan pelajar Biologi tingkatan empat di Zon Rawang
Type
Thesis
Main Author
Yusmanita Othman
Subject
LB1501 Primary Education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2012
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kemahiran Berfikir secara Kritis dapat melatih pelajar dalam menyuarakan pandangan, pendapat dan kritikan untuk mempengaruhi proses membuat keputusan serta penyelesaian masalah. Justeru tujuan kajian ini dilakukan oleh penyelidik adalah untuk mengkaji tahap penguasaan dan hubungan kemahiran berfikir kritis pelajar biologi tingkatan empat di Zon Rawang terhadap tahap pencapaian. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah terpilih di zon Rawang. Seramai 100 orang pelajar telah menjawab dua instrumen kajian iaitu Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson-Glaser Critical Thinking Appraissal bentuk A (WGCTA) dan Ujian Pencapaian Kemahiran Berfikir Kritis (UPKK). Instrumen WGCTA mengandungi 80 item aneka pilihan yang terdiri daripada lima sub Ujian Kemahiran Berfikir Kritis iaitu Inferens, Mengusul Periksa Andaian, Deduksi, Intepretasi dan Penilaian Hujah. Instrumen ke dua iaitu UPKK terdiri daripada 9 soalan subjektif yang juga terdiri daripada 5 sub ujian yang sama. Hasil analisis ujian Khi Kuasa Dua mendapati secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis (Inferens, Mengusul periksa andaian, Interpretasi, Penilaian hujah) merentas pencapaian pelajar. Berdasarkan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang amat rendah di antara WGCTA dan UPKK (r=0.097, p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.