UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Juppri Bacotang
Title :Kesan pelaksanaan aktiviti Modul Literasi Awal (MULA) terhadap kemahiran literasi awal kanak-kanak taska
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian tentang kemahiran literasi awal dalam kalangan kanak-kanak taska di Malaysia masih terhad dan belum berkembang dengan lebih meluas lagi. Justeru, kajian ini dijalankan terhadap kanak-kanak taska untuk mengenal pasti kesan pelaksanaan aktiviti Modul Literasi Awal (MULA) terhadap kemahiran literasi awal mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif (kuasi-eksperimen) sepenuhnya yang melibatkan seramai 20 orang kanak-kanak berumur empat tahun yang terdiri daripada 10 orang kanak-kanak lelaki dan 10 orang kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan secara sama rata iaitu kumpulan kawalan yang mendapat mendapat pelaksanaan aktiviti MULA dan kumpulan rawatan yang mendapat pembelajaran biasa. Kajian ini menjalankan ujian pra dan ujian pasca untuk mengenal pasti tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak taska. Dapatan kajian menunjukkan; (a) tahap kemahiran literasi awal semua kanak-kanak taska yang sedia ada berada pada tahap Sederhana (skor antara 8 hingga 11); (b) terdapat perbezaan skor min yang signifikan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak taska dalam kumpulan rawatan sebelum dan selepas mendapat pelaksanaan aktiviti MULA; (c) tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak taska dalam kumpulan kawalan sebelum dan selepas mendapat pembelajaran biasa; dan (d) terdapat perbezaan skor min yang signifikan peningkatan tahap kemahiran literasi awal antara kanak-kanak taska dalam kumpulan rawatan dengan kanak-kanak taska dalam kumpulan kawalan. Selain itu, pemerhatian berstruktur digunakan dalam kajian ini yang mengenal pasti; (e) terdapat keseimbangan penerapan kemahiran literasi awal sepanjang pelaksanaan aktiviti MULA. Kajian ini juga menggunakan skor rubrik yang mendapati; (f) pelaksanaan aktiviti MULA adalah bersesuaian untuk kanak-kanak taska. Keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti MULA dapat meningkatkan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak taska.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.