UPSI Digital Repository (UDRep)

Perlaksanaan kokurikulum sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu

AVAILABLE Thesis 529 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Perlaksanaan kokurikulum sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu
Type
Thesis
Main Author
Arbaa Tampung
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sepuluh buah Sekolah Menengah di Daerah Kota Kinabalu , Sabah. Di dalam kajian ini seramai 100 orang guru penasihat kokurikulum telah dipilih secara rawak dari 10 orang guru bagi setiap sekolah untuk dijadikan responden. Hasil kajian ditumpukan kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dilihat dari lima aspek iaitu guru, pelajar, kewangan, pentadbir, peralatan dan kemudahan padang dan gelanggang.Kajian ini berbentuk kaedah tinjauan dan pangumpulan data dibuat melalui soal selidik. Data diproses dengan komputer menggunakan program “Statistical Package For Social Science” (SPSS). Statistik deskriptif yang menggunakan frekuensi, peratusan dan min digunakan bagi menghuraikan responden kajian dan juga menjawab persoalan kajian. Dari kajian ini didapati sekolah-sekolah yang dikaji memang menghadapi masalah guru (min 3.14), masalah pelajar (min 3.94), masalah pentadbir (min 3.13), masalah kewangan (min 3.37), masalah peralatan (min 3.48) dan masalah kemudahan gelanggang dan padang (min 3.45). Semua masalah tersebut berada pada masalah biasa dan bukan masalah utama. Perkara ini boleh di atasi dari semasa ke semasa cuma masalah pelajar berada pada tahap masalah utama dan perlu diberi perhatian sewajamya untuk menanganinya. Kajian ini juga mendapati kebanyakan guru yang terlibat dengan proses pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaan kokurikulum memerlukan kursus kerana kebanyakan mereka kurang dan tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran dan latihan di dalam aktiviti tersebut. Di samping itu, didapati kebanyakan pelajar menyertai kokurikulum kerana diwajibkan oleh pihak pentadbir sekolah dan inginkan sijil pada hujung tahun persekolahan sahaja. Masalah peruntukan kewangan yang sukar diperolehi dan guru terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melicinkan program juga merupakan masalah yang perlu diatasi dan diperbaiki dari semasa ke semasa, selain daripada masalah kekurangan peralatan, kemudahan gelanggang dan padang.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.