Permasalahan pengurusan sekolah yang dihadapi oleh pentadbir baru-satu kajian tinjauan di sekolah-sekolah daerah Larut Matang, Perak
Type
Thesis
Main Author
Zaharah Norddin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan pengurusan sekolah yang
dihadapi oleh pentadbir yang baru dilantik berdasarkan model yang diubahsuai
daripada pendekatan Pengurusan Berfungsi yang diperkenalkan oleh Henry Fayol
(1949) iaitu merancang mengelola, memimpin dan mengawal yang telah
digabungkan dengan enam dimensi peranan pentadbir dalam pengurusan sekolah dari
segi kurikulum, kokurikulum, perkembangan staf, disiplin dan kebajikan pelajar,
hubungan sekolah dengan ibu bapa dan komuniti dan pengurusan kewangan.
Disamping itu tahap kefahaman, kemahiran dan latihan /kursus dikalangan pentadbir
baru dilantik juga dikaji sebagai penyokong dapatan kajian. Kajian ini melibatkan 30
orang responden.dari daerah Larut Matang,Perak. Soal selidik diedarkan kepada
sekolah-sekolah daerah ini. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan min.
sisihan piawai, pangkatan, frekuensi, peratus, ujian-t, korelasi Pearson dan ujian
ANOVA sehala. Didapati tahap kefahaman tugas bagi pentadbir adalah pada tahap
tinggi iaitu min berada diantara 2.8 hingga 3.8, tahap kemahiran/ketrampilan
mengurus sekolah adalah tinggi iaitu min berada diantara 3.30 hingga 4.07 manakala
pentadbir baru berminat untuk menjalani kursus pengurusan kewangan dan sistem
perundangan dan akta pendidikan. Masalah utama dalam pengurusan yang dihadapi
oleh pentadbir baru ialah merancang sesuatu supaya majoriti ibu bapa dapat hadir
dalam Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru diikuti oleh perancangan
perkembangan staf. Dapatan ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan
antara pentadbir lelaki dengan pentadbir perempuan dalam amalan merancang dalam
pengurusan sekolah.Hasil kajian ini juga mendapati tiada perbezaan gred jawatan,
kelulusan, pengalaman kerja dan bidang pengkhususan yang mempengaruhi tahap
amalan pengurusan sekolah oleh pentadbir yang baru dilantik. Hasil kajian juga
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman pengurusan
sekolah dengan tahap masalah tugas pentadbir yang baru dilantik. Semakin
pentadbir baru memahami tentang tugas pengurusan sekolah maka semakin kecil
masalah pengurusan sekolah yang dihadapi .
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.