UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau perkaitan antara persekitaran amalan pengurusan pengupayaan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan tekanan kerja guru. Kecemerlangan sesebuah sekolah dipengaruhi oleh kepemimpinan pengetua yang berkesan. Namun kesibukan tugas pengetua dalam menghadapi cabaran globalisasi memerlukan amalan pengurusan pengupayaan dijalankan di sekolah agar matlamat organisasi tercapai. Penyelidikan ini khususnya untuk mengenalpasti korelasi antara kedinamikan amalan pengurusan pengupayaan dalam pengajaran dan pembelajarn dengan tekanan kerja kepada guru di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan pengurusan pengupayaan dan tahap tekanan kerja guru. Disamping itu penyelidik juga ingin melihat sarna ada terdapat perbezaan amalan pengupayaan antara jantina dan lokasi sekolah. Sejumlah 200 orang guru dari enam buah sekolah menengah didaerah Larut, Matang dan Selama, Perak telah dijadikan responden untuk kajian ini. Data yang terkumpul dianalisis dengan bantuan komputer melalui perisian program Statistic Package For Social Science (SPSS). version 11.00 for Windows. Penyelidikan menggunakan 2 jenis statistik untuk memproses data. Statistik deskriptif yang melibatkan pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Sementara statistik inferensi melibatkan Pekali Korelasi Pearson, dan ujian-t. Aras kesignifikan ialah p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |