UPSI Digital Repository (UDRep)

Tingkah laku kepimpinan pengetua wanita di sekolah menengah gred A dan B: satu kajian kes

AVAILABLE Thesis 528 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tingkah laku kepimpinan pengetua wanita di sekolah menengah gred A dan B: satu kajian kes
Type
Thesis
Main Author
Norhayati Khamidin
Subject
LB2300 Higher Education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2006
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tingkah laku kepimpinan pengetua wanita di sekolah Menengah gred A dan B di Kelompok 1, Daerah Kinta Perak Darul Ridzuan. Kajian kes ini cuba melihat jenis tingkah laku yang diamalkan oleh pengetua wanita di sekolah menengah gred A dan gred B. Gaya kepimpinan dikaji adalah berfokus kepada struktur tugas dan timbang rasa. Instrumen Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ) telah digunakan. Soal selidik ini digunakan untuk menilai persepsi guru terhadap tingkah laku kedua-dua pengetua mereka. Subjek dalam kajan ini terdiri dari dua orang pengetua wanita dari sekolah gred A dan B. Seramai 60 orang responden diambil dimana 30 orang responden bagi setiap gred sekolah. Data diproses dan dianalisa menggunakan SPSS (Statistical Package for social science) versi 12. Statistik diskriptif digunakan untuk mendapatkan taburan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai untuk mengenalpasti tingkahlaku pengetua. Ujian-t diguna untuk melihat perbezaan antara sekolah gred A dan B. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan bersignifikan antara min skor sekolah gred A dan gred B pada paras signifikan a = 0.05. Korelasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara gred sekolah dan staiI tingkahlaku kepimpinan. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua pengetua samada sekolah gred A dan gred B, mengamalkan tingkah laku kepimpinan berorientasi tugas berbanding orientasi timbangrasa. Keputusan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan persepsi antara jantina responden bagi kedua-dua jenis sekolah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.