Masalah-masalah pengurusan kewangan sekolah dalam kalangan guru besar
Type
Thesis
Main Author
Mariani Ali
Subject
LB2361 Curriculum
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan guru besar dalam pengurusan kewangan sekolah di samping ingin mendapatkan maklumat tentang tahap pematuhan prosedur-prosedur kewangan oleh guru besar. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru besar dalam pengurusan kewangan di sekolah mereka. Subjek kajian terdiri daripada 70 orang guru besar yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Instrumen utama yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah pengubahsuaian daripada kajian Chan Yuen Fook (2004) dan kajian Jaimis binti Saiman (2004). Kajian ini juga cuba untuk melihat perbezaan yang signifikan antara pembolehubah jantina dan lokasi dengan masalah pengurusan kewangan sekolah berdasarkan ujian -t sampel tidak bersandar. Di samping itu ia juga cuba melihat hubungan antara tahap pengetahuan dan kemahiran guru besar dengan masalah-masalah pengurusan kewangan yang dihadapi dan hubungan antara kelulusan akademik guru besar dengan masalah-masalah pengurusan kewangan sekolah berdasarkan pekali kolerasi. Kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru besar lelaki dengan guru besar perempuan dalam kecekapan pengurusan kewangan sekolah iaitu ujian menunjukkan nilai L(68) = .829, 12 = 0410 adalah tidak signifikan. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lokasi sekolah bandar dan luar bandar dengan masalah pengurusan kewangan sekolah iaitu ujian menunjukkan nilai t (68) = .-1.427, p = .158, p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.