UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB2361 Curriculum
Main Author :Nurul Huda Hamzah
Title :Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran sebagai pengurus pengantara dan masalah yang dihadapi-satu kajian tinjauan di daerah Manjung dan Perak Tengah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana peranan-peranan tertentu dimainkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran di sekolah Gred A di daerah Manjung dan Daerah Perak Tengah berdasarkan pandangan Guru Kanan Mata Pelajaran. Objektif kajian ini ialah untuk melihat peranan-peranan yang dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut keutamaan berasaskan 7 bidang tugas iaitu bidang tugas mengajar, bidang tugas pengurusan kurikulum dan pengajaran, bidang tugas penyeliaan / pemantauan, bidang tugas perkembangan staf, bidang tugas kewangan, bidang tugas pengurusan makmal bengkel bilik khas dan bidang tugas pentadbiran. Masalah Guru Kanan Mata Pelajaran juga di analisis berdasarkan 3 aspek iaitu bidang tugas kurang jelas dan terperinci, pengetahuan dan kemahiran belun lengkap dalam bidang tugas serta masalah menanggung beban kerja yang berat. Seramai 70 orang Guru Kanan Mata Pelajaran menjadi responden kajian dan menggunakan 85 item soal selidik yang terdiri daripada senarai peranan dan masalah Guru Kanan Mata Pelajaran dalam 7 bidang tugas. Analisis statistik seperti frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan peranan dalam 7 bidang tugas telah dan sedang dilaksanakan secara aktif oleh Guru Kanan MataPelajaran. Bidang tugas yang paling aktif dilaksanakan di sekolah ialah bidang tugas Mengajar, diikuti pula dengan bidang tugas penyeliaan / pemantauan pengajaran dan pembelajaran serta bidang tugas pengurusan kurikulum dan pengajaran. Dapatan kajian mengenai masalah Guru kanan Mata Pelajaran menunjukkan memang terdapat bidang tugas yang kurang jelas dan terperinci iaitu didahului dengan bidang tugas penyeliaan / pemantauan pengajaran dan pembelajaran, diikuti dengan bidang tugas pentadbiran serta bidang tugas perkembangan staf. Bidang tugas pentadbiran dianggap paling tinggi menghadapi masalah pengetahuan dan kemahiran yang belum lengkap. Ini diikuti pula oleh bidang tugas kewangan dan Pengurusan kurikulum dan pengajaran. Manakala bidang tugas Perkembangan staf dipilih  oleh Guru kanan Mata Pelajaran sebagai menyebabkan mereka menanggung beban kerja yang berat. Diikuti oleh oleh bidang tugas penyeliaan / pemantauan pengajaran dan pembelajaran dan bidang tugas pentadbiran. Kesimpulannya Guru Kanan Mata Pelajaran memang menghadapi masalah dalam melaksanakan peranan mereka terutama dalam bidang tugas pentadbiran, bidang tugas pengurusan kurikulum dan pengajaran serta bidang tugas penyeliaan / pemantauan pengajaran dan pembelajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.