UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Keperluan terhadap suatu sistem pemilihan pelajar untuk memasuki sesuatu program atau jurusan di pusat pengajian tinggi semakin penting ekoran daripada pertambahan dalamjumlahpemohon. Pemilihan yang diamalkan sekarang menghasilkan pemilihan yang sering dirunguti calon kerana kononnya mereka tidak terpilih sedangkan kelayakannya lebih baik daripada rakannya atau tidak terpilih bidang yang dikehendaki. Oleh itu satu kaedah yang lebih sistematik perlu dibentuk dari sekarang supaya proses pemilihan pelajar ke pusat pengajian tinggi dapat dirasakan oleh calonnya lebih adil lagi. Berdasarkan senario di atas, model Pengaturcaraan gol (PaG) dibina untuk mengumpulkan pelajar-pelajar Melayu lepasan diploma ke program pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPS!). Model PaG ini memaksimumkan pengambilan pelajar, menseimbangkan agihan pelajar mengikut jantina dan mempertimbangkan keutamaan pilihan pelajar. Pelajar yang mempunyai purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang lebih tinggi diberikan keutamaan. Model PaG ini diselesaikan menggunakan perisian LINGO dan didapati memberikan hasil yang lebih baik berbanding kaedah yang diamalkan sekarang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |