UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan kecerdasan emosi dan penyesuaian terhadap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru di Malaysia

LIMITED Thesis 334 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Hubungan kecerdasan emosi dan penyesuaian terhadap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Salinah Pit
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2019
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara kecerdasan emosi dan penyesuaian dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru. Rekabentuk kajian ialah tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian A demograti, bahagian B lnventori Kecerdasan Emosi (IKEM-MEOI Remaja) versi 2 dan bahagian C ialah soal selidik penyesuaian yang diadaptasi daripada Student Adaptation to College Ouestionnaire (SACQ). Subjek kajian terdiri daripada 400 orang pelajar yang terbahagi kepada 204 orang pelajar lelaki dan 196 orang pelajar perempuan daripada 5 buah Institut Pendidikan Guru Kampus mengikut zon di Malaysia. Persampelan dipilih secara rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan interensi. Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru di Malaysia adalah pada tahap tinggi iaitu (M=4.153,SP=0.336) Dapatan kajian juga menjelaskan tahap penyesuaian dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru di Malaysia adalah pada tahap tinggi (M3.566,SP=0.365) Selain itu dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan jantina, opsyen pengajian dan status ekonomi sosial. Hasil analisis ANOVA dua hala menjelaskan tidak terdapat perbezaan yang signitikan antara jantina, opsyen dan status ekonomi sosial dalam penyesuaian. Selain itu dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan sederhana antara kesedaran kendiri dengan domain-domain kecerdasan emosi dan terdapat hubungan signifikan serta positif antara kecerdasan emosi dengan penyesuaian dan pencapaian akademik. Pengaruh kecerdasan emosi terhadap penyesuaian adalah 33.6% (R2=0.336) dan terdapat pengaruh signifikan dan positit kecerdasan emosi dan penyesuaian ke atas pencapaian akademik iaitu 1.7% (R2=0.017). Terdapat pengaruh yang signifikan kecerdasan emosi terhadap penyesuaian sosial, penyesuaian  akademik dan penyesuaian emosi Kesimpulannya hasil kajian ini menjelaskan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kecerdasan emosi dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru. Implikasinya pihak pensyarah, pentadbir, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menitikberatkan elemen kecerdasan emosi dan penyesuaian dalam kalangan pelajar supaya mereka lebih bersedia berhadapan dengan dunia sebenar kerjaya guru.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.