UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Maisarah Mohd Alim
Additional Authors :Azizah Zain
Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin
Title :Analisis keperluan Pembangunan Modul Tarian Tradisional Melayu Zapin bagi kalangan Kanak-kanak Prasekolah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2023
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pembelajaran terhadap tarian Melayu Zapin merupakan satu seni tari penting yang perlu disemai dalam jiwa kanak-kanak. Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 dalam aspek pendidikan telah menyatakan hasrat untuk meningkatkan penghayatan dan apresiasi terhadap seni, budaya dan warisan negara untuk setiap peringkat pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga menjustifikasi, kanak-kanak perlu mendapat pengetahuan am mengenai sejarah, bidang seni dan muzik. Maka, kurikulum pendidikan praskolah harus diperkemaskan dengan menambah baik kualiti pembelajaran kanak-kanak menerusi tarian tradisional Melayu Zapin agar kesenian budaya ini akan terus terpelihara. Satu kajian analisis keperluan dijalankan untuk mengenal pasti keperluan guru prasekolah terhadap pembangunan modul tarian tradisional Melayu Zapin dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian ini adalah jenis tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan di mana melibatkan seramai 83 guru prasekolah telah terlibat dalam menjawab instrumen borang soal selidik. Seterusnya, data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan, guru prasekolah mempunyai tahap persetujuan yang tinggi dengan nilai min 4.06 terhadap masalah dalam pelaksanaan tarian tradisional bersama kanak-kanak prasekolah. Selain itu, guru prasekolah juga menyatakan persetujuan tinggi dengan nilai min 4.13 terhadap keperluan untuk membangunkan sebuah modul tarian tradisonal Melayu Zapin berasaskan pergerakan berirama dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Implikasi kajian ini adalah, menghasilkan modul pengajaran yang dapat membantu guru prasekolah untuk mengajar kanak-kanak terhadap warisan budaya seperti yang tercatat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017. Kata kunci: tarian Melayu Zapin, warisan budaya dan tradisi, kanak-kanak prasekolah, analisis keperluan, guru prasekolah  

References

Bond, T., & Christine M. Fox. (2015). Applying the Rascch Model . Fundamental Measurement in the Human Sciences (3rd Edition). https://doi.org/https://doi.org/10.4324/9781315814698

Elita, M. D., Subiyantoro, S., & Roemintoyo. (2021). Implementation of Traditional Dance Art Extracurriculars in Elementary School. Proceedings of the 5th International Conference on Arts Language and Culture (ICALC 2020), 534(534), 18–23. https://doi.org/10.2991/assehr.k.210226.042

Erwin, M., Mohd Radzani, A. R., & Erwan, I. (2021). Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dan Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Pemain Bola Sepak di Kapit, Sarawak. Jurnal Dunia Pengurusan, 3(1), 150–158. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/12549/6268

Hermawan, B. (2019). Studi pelestarian warisan budaya di kabupaten ngawi sebagai identitas kota. Universitas Islam Indonesia.

Jamariah, M., & Luen, L. C. (2017). Pembangunan Dan Kesahan Modul Pergerakan Kreatif Dalam Elemen Drama (PETIF-MA) Bagi Kanak-Kanak Prasekolah. Laboratorium Penelitian Dan Pengembangan FARMAKA TROPIS Fakultas Farmasi Universitas Mualawarman, Samarinda, Kalimantan Timur, Edisi Khas, 67–78.

Jamilah, M. B., Azizah, Z., & Siti Hartini, A. (2021). Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi Dalam Pembangunan Kerangka Penilaian Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Kanak-Kanak Prasekolah. Southeast Asia Early Childhood Journal, 10(Special Issue), 77–88. /https://doi.org/10.37134/saecj.vol10.sp.7.2021

K.Saundrajan, K. A. (2016). Kesan Program Permainan terhadap Kemahiran Motor Kasar Kanak-Kanak Prasekolah Di Negeri Sembilan, Malaysia (Issue September). Univerisiti Putra Malaysia.

Kurikulum, B. P. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 20). Kemeterian Pendidikan Malaysia.

Lebar, O. (2017). Penyelidikan Kualitatif (Pengenalan Kepada Teori dan Metode) (Edisi Kedu). Univerisiti Pendidikan Sultan Idris.

Mazarul Hasan, M. H., Norazimah, Z., & Norazilawati, A. (2019). Nilai Pendidikan dalam Bahan Pengajaran Multimedia Kartun Animasi Upin dan Ipin untuk Murid Sekolah Rendah. International Journal of Heritage, Art and Multimedia, 2(4), 12–23.

Mohd Azam, S., Zaharul Lailiddin, S., & Nor Shuradi, N. H. (2013). Muzik Tradisi Tari Rakyat Perak: Suatu Pendekatan Etnomuzikologi. Malaysian Music Journal, 2(1), 72–105.

Mohd Yuszaidy, M. Y. (2018). Pemuliharaan warisan budaya melalui perundangan warisan dan agensi pelaksana di Malaysia. Jurnal Melayu, 17(2), 143–159.

Nor Hayati Fatmi, T., Bani Hidayat, M. S., Mohd Huzairi, A., Hajarul Bahti, Z., Nabiroh, K., & Jamil, A. (2010). Pembangunan Negara Melalui Pendidikan Kemahiran Insaniah. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI, November, 292–301.

Noraini, O., Mohd Aderi, C. N., & Mohd Isa, H. (2014). Kepelbagaian Elemen Budaya Dalam Pengajaran Pendidikan Islam : Isu Dan Kepentingan. The Online Journal of Islamic Education, Special Issue, 1–11.

Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.

Siti Aidah, L. @ L., Mohd Sohaimi, E., Abang Mohd Razif, A. M., Romzi, A., Budi Anto, M. T., Irma Wani, O., & Saifulazry, M. (2021). Methods and Challenges in Managing Ethnic Relations in Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 6(23), 115–124. https://doi.org/10.35631/ijlgc.623008

Suhaimi, M., Jabil, M., Baharuddin, M. A., Rosli, S., Datu Razali, D. E., & Toh, M. M. (2020). Impact, Challenges

And Inisiative Performing Art Activist During The Period Of Covid-19 Pandemic. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 19(32), 74–82.

Teaching and Learning with Living Heritage Based on the Lessons Learnt from a Joint UNESCO-EU Pilot Project A Resource Kit for Teachers. (2021). United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.

Wadood, F., Akbar, F., & Ullah, I. (2021). The Importance and Essential Steps of Pilot Testing in Management Studies: a Quantitative Survey Results. Journal of Contemporary Issues in Business and Government, 27(5), 2021. https://cibg.org.au/


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.