UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan Model Hibrid Teaching Games for
Understanding-Pendidikan Sukan (HTGfU-PS) terhadap prestasi dan refleksi murid
Tingkatan 1 bagi permainan kategori jaring. Prestasi dan refleksi murid
memfokuskan aspek membuat keputusan taktikal buka ruang, tutup ruang, pemilihan
menggunakan kemahiran dalam permainan, pelaksanaan kemahiran dan aspek
kesukanan iaitu tanggungjawab kendiri, interaksi sosial dan etika dalam sukan.
Kajian menggunakan kaedah kuasi eksperimental melibatkan sampel kajian terdiri
daripada 96 orang murid Tingkatan 1. Tiga set instrumen digunakan dalam kajian
iaitu Instrumen Pemerhatian Permainan, Instrumen Penilaian Domain Afektif dan
Instrumen Penilaian Retleksi Murid. Data dianalisis dengan mengunakan Min,
Sisihan Piawai, Anova, Manova, Mancova, dan korelasi Pearson. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian prestasi yang signifikan dalam kesan
instruksi keseluruhan iaitu bagi aspek kognitif dan psikomotor melalui Model PS
(F(2,93)=10.054; p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |