UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Che Haniza Che Mohd Hanafi
Title :Kesan strategi pengajaran POE (Predict-Observe-Explain) dalam mengesan kerangka alternatif pelajar tingkatan 4 bagi topik Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2011
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan strategi POE (Predict-Observe-Explain) dalam mengesan kerangka altematif pelajar tingkatan empat bagi topik Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 68 orang pelajar tingkatan 4 dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu. Dalam kajian ini, idea awal pelajar mengenai konsep osmosis dan resapan telah diukur menggunakan Ujian Diagnostik Osmosis dan Resapan (DODT). Ujian tersebut telah ditadbir sebagai ujian-pra ke atas 34 orang pelajar daripada kumpulan eksperimen yang menggunakan strategi POE dan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pengajaran biasa. Untuk mengesan kerangka altematif pelajar, analisis respon pelajar pada fasa ramalan dan penjelasan dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa idea lumrah pelajar adalah bertentangan dengan idea saintis. Kesan strategi POE dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan Ujian Pencapaian Biologi. Dapatan kajian menunjukkan strategi POE berkesan dalam mengesan kerangka altematif pelajar berkaitan konsep-konsep asas dalam topik pergerakan bahan merentas membran plasma. Walaupun tidak terdapat perbezaan yang signirikan dalam min skor pencapaian secara keseluruhan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan, namun strategi ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar pada aras taksonomi Bloom yang lebih tinggi iaitu aras pemahaman dan aplikasi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.