UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia melumpuhkan sistem pendidikan dan tidak terkecuali bagi sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Guru sentiasa memikirkan kaedah yang terbaik untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah berterusan bagi memastikan murid prasekolah tidak jauh ketinggalan seperti Google Meet. Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa terhadap pencapaian murid sepanjang PdPR. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Seramai 67 orang ibu bapa murid di sebuah tadika di Likas terdiri daripada 33 orang bagi ibu bapa murid lima tahun dan 34 orang bagi ibu bapa murid enam tahun yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan persepsi ibu bapa terhadap pencapaian murid sepanjang PdPR bagi murid enam tahun (m=30.22, sp=7.935) adalah lebih tinggi berbanding murid lima tahun (m=29.57, sp=6.502). Dapatan juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang tidak signifikan antara murid lima tahun dan murid enam tahun (sig=0.702). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa mempengaruhi pencapaian murid sepanjang PdPR dan menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding dengan pembelajaran secara bersemuka.
Kata Kunci: pembelajaran di rumah, prasekolah, PdPR |
References |
Agus, A. N. A. (2022). Masalah Dihadapi oleh Guru bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(1), 50-62. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010. Bikri, M. A., & Surat, S. (2022). Meneroka Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Luar Talian Murid Luar Bandar Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8), e001664-e001664. Chandra, Y. (2020). Online Education during COVID-19: Perception of Academic Stress and Emotional Intelligence Coping Strategies among College Students. Asian Education and Development Studies. Cheng, L. M., & Nasri, N. M. (2022). Cabaran Guru Sekolah Rendah Pedalaman Terhadap Penggunaan Standard 4 (PdPC) SKPMg2 Dalam Menilai PdPR. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 364-373. Halim, U. I. A. S. A., & Mu’adzam Shah, U. (2022). Implikasi Pandemik Covid-19 dan Cabaran yang Dihadapi terhadap Motivasi Akademik Pelajar Pusat Pengajian Asasi di Sebuah IPTS Negeri Kedah. Journal Contemporary of Islamic Counselling Perspective, 1(1). Lubis, M. A., bin Kamis, M. S., MPd, Z., Usiono, M. A., Yusnaldi, E., Taib, S. H., & Ikwan Lubis SE, M. M. (2021). Isu Terkini Pendidikan Islam Di Era Pandemik Covid 19 Di Malaysia. ASEAN COMPARATIVE EDUCATION RESEARCH JOURNAL ON ISLAM AND CIVILIZATION (ACER-J). eISSN2600-769X, 4(1), 75-91. Mahad, I., Ugartini, M. & Hamzah, I. N. S. (2021). Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Malay Language Education Journal, 11(1), 16-28. Mahalingam, N., & Jamaludin, K. A. (2021). Impak Dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 104-115. Mahamod, Z. (2022). Perbezaan Penerapan Aktiviti Didik Hibur Secara Bersemuka dan Dalam Talian Berdasarkan Jantina dan Pengalaman Mengajar Guru bahasa Melayu Sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(1), 40-49. Rabindarang, S., & Arjunan, V. (2021). Paradigma baharu PdPR: satu sorotan kajian. Asian Pendidikan, 1(1), 73-79. Rosli, S. N. W., Abd Majid, R., & Mansor, A. Z. (2021). Pelaksanaan PdPR Terhadap Murid Ketidakupayaan Pendengaran: Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 174-188. Yulliyanti, L. (2021). Peningkatan Kompetensi Belajar Siswa Melalui Strategi Kolaborasi Komunitas dengan Pemanfaatkan Aplikasi Google Meet untuk Pembelajaran Daring yang Interaktif dan Komunikatif. JIRA: Jurnal Inovasi dan Riset Akademik, 2(8), 1298-1308. Yusoff, N. M., & Hamzah, M. I. (2021). Pandemik Covid 19: Cabaran dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam dan Pembelajaran Murid Prasekolah. Global Journal of Educational Research and Management, 1(3), 160-169. Zain, S. M., Jawa, S. K., Salehin, N. S., & Amran, M. S. (2021). Daya Tahan Diri Terhadap Cabaran Kelesuan Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR): Perspektif Psikologi. Zaini, Z. H., Damanhuri, Z., Ali, M. A. Z., & Ibrahim, A. Z. (2021). Kesediaan Ibu Bapa terhadap Penglibatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran diRumah (PDPR). Jurnal Kesidang, 6(1), 80-95. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |