UPSI Digital Repository (UDRep)

Komitmen dan pencapaian akademik pelajar sekolah-sekolah menengah: satu tinjauan kes di kalangan pelajar tingkatan empat di Daerah Perak Tengah dan Manjung, Perak

AVAILABLE Thesis 393 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Komitmen dan pencapaian akademik pelajar sekolah-sekolah menengah: satu tinjauan kes di kalangan pelajar tingkatan empat di Daerah Perak Tengah dan Manjung, Perak
Type
Thesis
Main Author
Ahmad Termizi Abdul Aziz
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2004
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang berkaitan dengan komitmen dan pencapaian  akademik pelajar-pelajar. Ia juga bertujuan untuk mengkaji hubungan komitmen dan pencapaian  akademik pelajar-pelajar dengan ciri-ciri latar belakang personal, motivasi dan persekitaran  sekolah. Untuk tujuan penyelidikan ini seramai 120 sampel dari 690 pelajar tingkatan 4 telah  dipilih secara rawak berstrata daripada 3 buah sekolah menengah di Daerah Perak Tengah dan 3 buah  sekolah menengah di Daerah Manjung, Perak. Data dikumpul berdasarkan 57 item soal selidik yang  dibina berasaskan 5 Skala Likert. Semua data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS  Version  Windows 11.5 dengan kaedah Statistik Deskriptif dan Statistik Inferensi yang melibatkan  Ujian Korelasi Pearson dan Analisis Varians Sehala (ANOVA) bagi menguji hipotesis kajian. Paras  keertian yang digunakan bagi kajian ini ialah 0.05. Hasil dapatan mendapati bahawa majoriti  pelajar adalah dari keluarga yang mempunyai taraf sosio-ekonomi  yang sederhana.  Tahap pencapaian  akademik pelajar-pelajar adalah cemerlang, mempunyai komitmen yang tinggi dan bermotivasi untuk  mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan. Kajian mendapati komitmen  pelajar  mempunyai   hubungan  yang  signifikan  dengan  pencapaian akademik,  persekitaran  sekolah,  matlamat   motivasi  dan  penglibatan  ibu  bapa manakala faktor -faktor lain tidak menunjukkan hubungan yang  positif dan syor telah diberikan  untuk  meningkatkan  lagi  komitmen  untuk  mencapai   kecemerlangan akademik.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.